Saturday, March 28, 2015

Resepi DORAYAKI Favourite Doraemon !

Assalamualaikum.

Baru lepas tengok cerita stand by me Doraemon. ceritanya sedih woo. dapat rasa friendship antara nobita dan doraemon. memang terasa kehilangan doraemon bila dia terpaksa pergi ke masa depan. Nobita memang sah2 ah sedih bukan kepalang macam patah seribuu hatikuu.. bila doraemon pergi meninggalkan akuu.. haha menyanyi sat. tau2 je lah hidup dia tanpa bantuan alatan canggih doraemon tu.

Eh aku bukan nak review cerita tu haha. memandangkan ada kaitan dengan cerita ni, aku pun sekali combine biar kasi feeling sikit. Kalini kita masuk ke segmen memasak muahahahah. sebenarnya, idea nak try buat dorayaki ni bermula daripada tengok cerita doraemon tu lah! nampak doraemon makan favourite dorayaki dia tu terus meleleh nak rasa sekali. so aku search ah google. sekali search, berlambak resepi kat google . behee aku dengan senang hati nak share ah hasilnya !




Bahan-bahan

100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

Inti asal 

Red bean, atau 'Anko' nama jepun dia.

Suggestion lain untuk inti

Coklat jenama apa pun tak kisah . (kalau letak coklat Hershey atau nutella mesti umphh!)

Vanilla 

Blueberry 

Rasberry

Banyak lagi lah. terpulang nak letak apa. tapi lari sikit ah dengan doraemon punya dorayaki.


Cara-cara:

1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang


2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.


3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.


4. Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.


5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.


6. Letakkan inti ditengah-tengah dorayaki. Tekan dorayaki dihujung. Siap untuk dimakan.


Nah tengok youtube untuk lebih faham :) kasi orang jepun yang explain 


Senang kan nak buat :D em dorayaki bawah ni mana nak dapat weh T_T macam sedap je.


Comelnya dorayaki Doraemon !! nak juga macam ni punya ;_;


Ok bye. aku nak date dengan doraemon sambil makan dorayaki. kasi sikit dorayaki from japan doraemon ? aku punya ala2 Malaysia punya je ah :D HAHA





10 comments:

  1. teringin jugak nak buat dorayaki sendiri. tapi tahap kemalasan tu melampau-lampau, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau malaih tu tak tau nak kata apa. hahaha, tapi serius sedap tau. rasa manis2 je letak inti red bean :D serius

      Delete
  2. tak pernah makan n org ckp dorayaki ni mahal.. lepas nie boleh lah buat sendiri.. ^^

    Jemput join giveaway pertama Nurrul !!
    http://youismysoul.blogspot.com/…/03/giveaway-by-nurrul.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal kat Jepun je kot. Malaysia ni tak banyak yang jual dorayaki better buat sendiri ;)

      Delete
  3. sedapnyaaa <3 hehe, but x penah rasa lagi. rasa mcm boleh bau je dorayaki ni dari laptop, kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboihhh chingu sebaya~ craving teramat sangat! hahaha

      Delete
    2. hahaha laptop special tu xD boleh bau makanan bagai

      Delete
  4. Sedapnye.. Tapi kat dalam video tu tengok tak pukul telur sampai kembung pun.. Kite nak buat tapi da confius..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, kembang tu maksudnya sebati. tak perlu pukul sampai jadi putih (mereng) :)

      Delete
  5. Wahhhh! Sedapnya.Boleh buat ni.Hehehheh,nanti makan feeling feeling doraemon sikit.Hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih komen!