Showing posts with label review novel. Show all posts
Showing posts with label review novel. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Lepas ni nak baca novel ...




 
Novel Fixi is the best horror, thriller, exciting and mystery stories for me. hee
 
Happy weekend by the way :) Exam is waiting for me yah ( after this Sunday ) need to focus on study and definitely this is not-so-long entry I'd make. You have to realise that PT3 is around the corner T_T haha talk to myself is just weird but that's the good thing to change myself either.

Sunday, March 22, 2015

Review novel [Fixi] Pinjam


Sinopsis

Shahrom seorang peminjam. Shahrom boleh pinjam apa saja. Jarang orang tahu Shahrom telah meminjam daripada mereka. Kebolehan Shahrom meminjam telah diasah sejak dari kecil lagi.

Mula-mula barang yang Shahrom pinjam adalah barangan fizikal. Kemudian dia asah kebolehannya sehingga dia boleh pinjam pemikiran manusia. Selalunya ketika Shahrom pinjam pemikiran orang lain Shahrom akan gunakannya untuk lakukan apa yang dia tidak berani lakukan dengan tubuhnya sendiri.

Satu hari Shahrom telah melakukan sesuatu yang tidak mudah dimaafkan. Untuk menyelamatkan dirinya, Shahrom bersembunyi di dalam satu tubuh yang menyebabkan dia terperangkap di dalamnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Review aku

Pergh cuti ni memang banyak novel aku baca. ni yang ketiga. memula aku baca sinopsis dia macam gempak je. Aku pun ada tertanya-tanya juga la apa akan jadi bila dia masuk badan orang tu? I mean badan dia tu macam mana nanti? ingatkan boleh tukar-tukar badan dan fikiran. rupanya sangkaan aku meleset.

" Pinjam " ni perkataan baik bagi " Mencuri ". itu falsafah Shahrom. eleh cakap je la yang engko nak cover, haha. dari sek rendah dia suka "pinjam" dari benda simple jadi besar. seram gak kecik-kecik dah pandai "pinjam". ish ish, makbapak dulu kalau anak buat salah apa lagi memang kena besit ah!

Tapi mak dia tak perasan pun Shahrom ada sifat "pinjam" ni. haih sampai kebesar la perangai dia camtu. susah nak dibimbing bila dah masuk asrama. time tu dia punya kebolehan "pinjam" ni dah upgrade. Serius pelik, boleh pula dia "pinjam"otak dan badan orang ye.

Shahrom ni mula sedar yg dia ada kebolehan tu bila dia fikir nak masuk badan cikgu dia sebab nak faham apa yg cikgu tu ajar. saja je berangan si shahrom ni. secara tiba2 dia ada dalam badan cikgu tu dan dengar apa yang otak cikgu fikirkan. sejak tu dia mula "pinjam" badan orang lain pula. tapi dia berani buat kat Jamal je dulu, roommate dia dalam asrama. Jamal ni tak sedar pun Shahrom selalu masuk badan dia. Weird kan?

Zaharuddin, sedara Shahrom benci betul dengan dia. mula2 aku tak faham kenapa nak berdendam bagai. takkan sebab dulu Shahrom pernah kantoi dengan sedara dia pasal dia pernah curi duit mak lang. dah lama kot benda tu terjadi takkan takleh lupa kot?

Rupanya ada sebab lain! nak tahu apa? kena baca la jawapnya haha. korang takkan terlintas pun ending dia macam mana.




Thursday, March 19, 2015

Review novel [Fixi] Awan


Sambungan novel bestseller AJAIB.

Budak ajaib — aku suka panggil Izaq begitu sebab dia ada deria keenam. Dia pernah cakap yang dia bagaikan bintang, aku pula bagaikan awan, Kami bersahabat baik, kawan rapat, BFF - labelkan apa saja tentang bersahabatan kami (asalkan bukan gay couple).

Namun siapa yang sangka, bintang akan berhenti dari bersinar, sedangkan awan terpaksa berarak lalu membelah waktu?

Disebabkan deria specialnya itu, dia terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang matang pada usia yang masih muda. Dia perlu kuat untuk melawan segala yang mengganggunya, lebih-lebih lagi apabila entiti itu kerap hadir mengingatkannya supaya 'jangan percaya'.

Tapi... jangan percaya kepada siapa?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Review aku

Ha ni sambungan cerita Ajaib yang aku review haritu. Cerita sekarang dah berubah, watak pun orang lain pegang. Iaitu Fa'iq watak baru dalam cerita ni. Dia pulak boleh baca fikiran orang. gempak betul. dia dan Izaq jadi kawan baik sejak masuk sek menengah. Firdaus, kawan lama Izaq dah pindah jauh, sedih.

Diaorg berdua ni kira saling lengkap melengkapi ah. masalah remaja pun makin bertambah dan agak teruk. Diaorg selalu bersama di mana saja. Kalini masalah remaja lebih mendalami dengan membaca fikiran orang lain. (watak utama Fa'iq la katakan)

Nak dijadikan cerita, Izaq selalu cerita kat Fa'iq (dalam minda je Fa'iq dah dapat baca) tentang hantu dulu yg datang dalam hidup dia. Tah tetiba ganggu dia. Izaq tak tau apa yang hantu tu nak, tapi dia selalu cakap "Jangan percaya". Pastu kekadang dia pernah nampak wajah Nadirah, tapi dia tahu tu bukan Nadirah. Apasal dia ikut iras Nadirah? serabut betul. rindu pun masih ada.

Satu hari nak pi sek, diaorg terlanggar dengan motor. nasib baik luka sikit je. tapi apa yg buat Fa'iq tertanya-tanya dalam fikiran budak bawa motor tu, macam seram. Dia baca fikiran budak tu "Ada jeritan yg panggil nama Diyana pastu dia nampak gunting tetiba gelap.Dia pun segera siasat latar belakang budak tu.

Entah macam mana dia dengan Izaq boleh terjumpa muka yg seiras Nadirah. mula la part sendu Izaq. dia macam tak percaya, muka orang tu sama macam Nadirah, cuma personaliti dan nama je lain. mereka mula berkenalan secara tak sengaja sebab tengah siasat siapa diyana dan terjumpa dengan Izyan. Daripada perjumpaan tu boleh terbit rasa cinta. er ini agak complicated.

Akhirnya macam mana? Sila la baca eh hehe. Cerita pasal fairy oddparents real memang sedih. baca part tu juga. to be honest, Fa'iq banyak adik angkat. eh haha ada 2 je. sayang betul dia dengan adik angkat dia tu. Dan the reason Izaq nampak hantu dulu pun akan terbongkar if korang baca. Izyan tu emm adalah kena mengena dengan diaorg. Tak lupa juga kisah menyayat hati Fa'iq tentang zaman kecik2 dia.

P.s: aku tak feel sangat watak Fa'iq ni. Izaq lagi best kot sebab dia baik, jujur, setia dan innocent. cewah, kalau dah suka camtu ah xD




Wednesday, March 18, 2015

Review novel [Fixi] Ajaib

Cover buku dari laman web Fixi

Sinopsis buku

“Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?”

Hidup ni gelap – Walaupun aku dapat melihat lebih daripada manusia lain.
Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya..
.
Selain kita ada ‘mereka’ – yang kebanyakan kita tak nampak.
Dalam kita ada ‘itu’ – yang kita simpan sendiri.

Nama aku Izaq. Dan ini kisah kami, budak-budak berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‘mereka’, ‘itu’, dan sedikit yang AJAIB.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Review aku

Tengok cover pun dah tahu gempak. Serius ni antara novel thriller yang aku minat gila. So, rasa semangat ah nak cerita kat sini nanti ada masa boleh flashback. Kalau korang minat, boleh lah try baca. Anyway aku nak bagitau awal-awal yang aku suka betul watak Izaq. serius aku tak pernah rasa camni. [suka?] dalam fantasi je la haha.

Izaq sejak umur 3 tahun boleh nampak hantu (benda ghaib), tapi dia tak pernah tegur pun. yelah, buat apa nak cari pasal kang tak pasal-pasal kena pulak. Bila dia berumur 12 tahun, macam-macam cabaran yang kena dia hadapi. bila naik ke alam remaja memang banyak benda yang mereka mudah terpengaruh.

Bagi aku Izaq memang tabah. Dia tak mudah terpengaruh dengan kawan sebaya dia. macam-macam kes aku baca pasal kawan sekelas dia. tak sangka punya teruk perangai budak sekarang ( I guess, tapi tak semua ah, depends).  Contoh kes yang dilalui Izaq ialah berdepan dengan kawan2 dia yg ada masalah.

Afifah 
Family dia kaya. tapi kesian, parents dia busy dengan kerja sampai jarang sangat balik rumah. dia pun rasa seolah2 terabai. rasa sunyi yang membuatkan dia bercinta dan cuba buat maksiat untuk hilangkan rasa sunyi. pastu ada satu hari dia cuba bunuh diri sebab tak tahan hidup macam tu. Izaq datang bantu, dan tolong Afifah kembali ke pangkal jalan. 

Aidil, Rosyaimy, Fatin, juga kawan dia yg ada masalah macam gay, pastu ada terlibat dengan samseng, dan masalah dalaman. (baca kalau nak tau dengan lebih lanjut.)

Kawan baik dia Firdaus. Kamcing lah katakan. Sedih gila do lastly diaorg terpaksa berpisah. Cikgu Zahfran guru kauseling pun banyak bantu dia dan bagi nasihat tentang keistimewaan dia boleh nampak hantu. Adalah beberapa scene dia lawan hantu, sebab dah terdesak waktu tu. 

Ha! part yang aku tak dapat lupakan ialah ada seorang budak ni suka Izaq. Tapi kesian, dia meninggal lebih awal. Izaq sampai sekarang terbayang Nadirah, budak yg suka dia. kira suka sama suka tapi tak couple ah. sekadar jumpa dan senyum dah cukup bagi dia. Tapi dia confuse, dia selalu nampak Nadirah dalam realiti. Kat luar kelas, kantin, tapak perhimpunan, seluruh bagunan sekolah. Dia tak pasti siapa sebenarnya yang dia jumpa tu tapi apa yang dia tahu, dia rindu Nadirah. awh T_T . terharunyaaaaaa. 

Wey, aku cerita panjang lebar ni. haha dah terlebih detail rasanya ni. overall, kalau diberi pilihan, aku nak watak Nadirah sebab Izaq suka dia. sambungan cerita ni ada dalam novel Awan. waktu tu Izaq dah form 3 dah, sebaya aku! nanti aku review :)



Saturday, March 14, 2015

Review [Novel] Lafazkan Kalimah Cintamu

Assalamualaikum, ada peminat novel cinta tak kat sini? aku nak recommend novel ni ha.


Sinopsis novel

Tengku Aqilah seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya. Dia telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.

Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.

Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

My review 

Dari mula lagi cerita dia memang sedih. Tengku Aqilah ni, sejak dilahirkan lagi sudah di benci oleh bapa kandung sendiri. Kerana isteri yang melahirkan Tengku Aqilah sah hidap kanser payudara. Waktu tu dia tengah mengandungkan Tengku Aqilah, so agak bahaya nak operate sebab akan menjejaskan anaknya. Akhirnya, dia sanggup menanggung derita seumur hidup sampai waktu ajalnya.

Bapa dia benci Tengku Aqilah. Sebab dia tak terima takdir yang isterinya mati. Kira, dia salahkan anak tu la. tapi sampai bila nak benci? Sanggup dia tendang Aqilah belajaq luar negara. semata-mata taknak tengok muka dia yang ikut iras arwah isterinya. bagi aku elok juga ah tu, Aqilah pergi sementara waktu. eh?

Tapi sampai bila dia nak sembunyi. Dia harus juga tempuhi semua ni, kerana wasiat arwah ibunya dia sanggup balik ke Malaysia dan kerja di bawah syarikat bapanya. Demi berbaik semula dengan family dia. hm, kakak dia Tengku Natasha pujuk rayu ayahnya supaya dia kerja situ sebab ada agenda lain! btw, dia ni memula pakwe Tengku Ryan Ameer (amboi kau nama) but, lastly adalah happy ending bagi semua ;) yeah gitu lah ceritanya. nak lagi detail meh le baca sendiri. nanti ada satu part diorang dilanda konflik, memang berair mata aku tau T_T serius 



Saturday, January 24, 2015

Top 3 English book

Assalamualaikum, hi

Mesti ada certain benda yang kita minat kan. macam novel, ada yang suka baca jiwangs dan ada yang suka cerita miseri/seram. its up to you. Your choice. hahah, aku cuma nak recommend je lah favourite English book yang aku minat betul nak baca. Paling penting MESTI ADA PICTURE. CERITA BERKISAHKAN DIARI HIDUP DAN SEKOLAH. alah paling senang nak describe, all about teenager life stories (same goes to me)

THOSE ARE TOP 3 ENGLISH BOOK THAT I ADORE AS MY CRUSH. SERIOUSLY NO KIDDING.

1. Big Nate book stories
( belum ada series ni lagi T_T )

Mind to read the synopsis first? I know you would be interested  as  I do!!

Nate Wright is known to his pals and teachers for many things, his penchant for mischief and his school record for detentions being the foremost. But beating out brainiac Gina's grades is not one of those things! In Big Nate Makes the Grade, the school life goings-on of Nate, his pals, and his long-suffering teachers are recounted in hilarious detail.

Okay, this is my first English book that I had bought by my own money and I really enjoy it. sebab? aku tak tahu macam mana aku sanggup beli dengan harga lebih kurang RM36 (9 dolars) pastu bayar dengan duit yang aku kumpul sendiri. Mula-mula, jejak je kat kedai buku tu terpegang lah buku Big Nate ni pastu terbaca lah sinopsis dia. Berkisahkan tentang Nate si budak nakal (but to me he just okay) cuma keadaan je yang menyebabkan dia jadi camtu. ceh ayatnya, hahah. aku suka betul watak nakal dia ni. bukan selalu pun aku dapat feel kenakalan dalam kelas en (tak sedar diri ni pengawas ada hati nak terpengaruh dengan kenakalan Nate --'). tapi, apa yang buat aku kagum tentang Nate ni dia ada determined yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang dia nak. sebab tu kot buat aku tertarik nak beli. dan akhirnya, tak rugi pun beli weh sebab story dia memang best even though mahal ya ampun. Aku harap aku menang lah giveaway dari nile.com tu so boleh lah borong buku banyak-banyak! weheee.

2. Dork Diaries by Nikki Maxwell


Synopsis:
Nikki Maxwell is not popular, in fact Nikki Maxwell is the opposite of popular; she's a total dork! But Nikki's hoping that by moving to a new school she might just stand a chance of making some friends and leaving her old lame ways in the past. But life is never that simple! Follow Nikki's life through sketches, doodles and diary entries as she starts her new school, battles with her mum for an iPhone and meets her arch nemisis, the school's queen bee, Mackenzie. Enter Nikki's world through her sketches, doodles and diary entries.

Second book. I rate 8/10. best jugak tau sebab dia cerita pasal kehidupan Nikki kat sekolah baru.  banyak dugaan yang Nikki lalui tapi ending dia memang awesome. serius tak expect lastly dia dapat stay kat sekolah tu sebab masa first-first masuk pun dah kena buli. pastu part paling sedih takde siapa yang sudi berkawan dengan dia. haih, seems student kat situ memang ignore semua budak baru dalam sekolah tu. tapi akhirnya, dia jumpa jugak best-crazy-friend dan part paling seronok bila crush Nikki macam bagi hint yang dia pun suka kat Nikki jugak. awhhh. dah lah photographer popular sekolah. adui, aku ni over feel der baca novel ni --' apapun thumbs up! nanti nak baca next series novel ; Party Time!

3. Percy Jackson book series

Percy Jackson series - now with a new cover look. Half boy. Half God. ALL Hero. Look, I didn't want to be a half-blood. I never asked to be the son of a Greek God. I was just a normal kid, going to school, playing basketball, skateboarding. The usual. Until I accidentally vaporized my maths teacher. Now I spend my time battling monsters and generally trying to stay alive. This is the one where Zeus, God of the Sky, thinks I've stolen his lightning bolt - and making Zeus angry is a very bad idea.

Okey, cerita dia memang fiction habis. penulis rick riordan memang ada imaginasi yang tinggi sampai cerita ni buat aku rasa suspen melebih. hahah padahal, biasa je. tapi kan, kalau korang terbaca first page cerita ni, automatik korang feel 'omeegi, I'm in another world' memang jasad korang akan melayang dengan cerita dia. Ahh, atas ni Percy Jackson And Lightning Thief aku baru on the way baca. ye, aku dah kata memang gempak ceritanya. buat aku addict je nak habiskan membaca. perghh first time boleh feeling walaupun takde picture. Hiks!

Aku tahu banyak lagi cerita yang best. but, I can't stand on it. macam harry potter lah, mende haprak  pun aku tak masuk dengan story dia T_T sikit-sikit nak kena search kamus. punya tak paham tahap extrem English dia. lagi best tengok movie dia. siapa yang dapat baca sampai habis novel harry potter ni memang hebat lah! serius T_T

Novel atas tu semua ada jual kat nile.com. dah lah ada discount gila kau taknak beli. huhu duit awal tahun baru je nak up,(means ada sikit je)  hm kesian betul. puhhhleasee, I need to win that RM150 voucher shopping nile so I can buy new series of Big Nate book T_T really desperate right now.

Monday, October 13, 2014

Review Novel : KACAU


Assalamualaikum dan hai!

Yeahoooooooooo. Haha happy ya aku harini x)

Kalau bab novel seram ni No.1

Lagipun, memang nak review kat kaurang semua kan pasal novel Kacau ni. Fir minat sangat novel keluaran Fixi. Pembawakan cerita seram mereka memang menjadi. Bila baca malam-malam ni kan dapat rasa feel seram memang syok lah. Sampai tegak bulu roma. Tu bagi kita lah, tak tahu pulak kaurang. haha malam-malam layan cerita hantu best jugak kan?



KACAU [sinopsis]

“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku.

“Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.

“Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.

Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.

“Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.

“Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku.

“Okay!”

“One, two… three!”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Review aku

Jimie dan kawan-kawan dia suka ghost hunt time cuti semesta ataupun pada masa lapang. Mereka semua ni ghost hunt cuma nak cari kesenorokan semata-mata. Bila last semesta akhir kian dekat, dorang plan nak ghost hunt kat bangunan lama di Seremban. Mereka semua ni plan betul-betul sebab bila dah habis semesta, dorang dah tinggalkan alam remaja dan gelaran student di collage tu lah. So, feel tak best kalau tak buat semua benda tu.

Malam tu dorang bertolak ke Seremban. Singgah dekat tepi pantai, nak tunggu matahari naik. Sambil tu dorang story-telling, main-main dan rakamkan kenangan indah kat sana. Pagi tu pulak dorang cuma jalan-jalan area Seremban. Niat malam nanti baru start ghost hunt.

Segala mimpi ngeri berlaku pada malam tu, masa ghost hunt. Diaorang pergi bangunan lama yang dulunya ditutup sebab kes orang kena bunuh. Tersilap langkah mereka semua jumpa benda 'tu' . Cari pasal lagi lah bila ada salah seorang rakan ajak diaorang semua main spirit of the coin. Sejak main tu, dah macam-macam tanda datang, niat nak stop tapi benda tu datang mengganggu. Syira kena rasuk, Ada benda pulak menjelma jadi Aman. Dah macam mana Aman boleh hilang ? Syira dari awal dah lemah semangat, lagi lah benda tu suka. 

Sejak hari diaorang main, ada je benda tak kena. Benda tu tetap datang menggangu dalam hidup seharian mereka. Sampai lah setiap mereka mati, satu persatu dari mereka... Ada yang jadi gila masuk hospital sakit jiwa. Tak tahan gangguan dari dia. haa baca novel KACAU untuk tahu kenapa benda tu terus menggangu. huu seram dok?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis sudah review novel Kacau.
Ok  Hope kaurang semua suka lah eh. Cuz, aku review berdasarkan pembacaan sendiri. Novel Fixi tak bagi sinopis lanjut. Kira tak berapa jelas lah. So, kaurang kena baca dari mula sampai habis. Baru faham apa cerita yang nak disampaikan. Lain hari, kalau aku ada baca cerita gempak lain, nanti aku akan review ya. So adios ;)



Friday, August 29, 2014

Review Novel : ASRAMA


Assalamualaikum!

Yeah harini baru free sikit update blog. Baiklah memandangkan selasa lepas aku ada kata nak review novel ASRAMA, so, today i'will review it to uolls.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Asrama [sinopsis]

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Review aku

Dahlia seorang pelajar cemerlang di sekolah terbaik Sabah. Ibubapa dia bangga dengan kejayaan Dahlia. So, ayah dia kasi minta apa-apa saja sebagai hadiah straight A dalam PMR. Dahlia pula, berminat nak pindah sekolah kat asrama biasa je. Mulanya ayah dia tegah, namun, bila abah mentua dia dah masuk campur, terpaksa lah mengalah. Mana tak nya, abah mentua dia garang orangnya. kahkah.

Tahun baru, Dahlia sekarang dah naik form 4. Dia pun berpindah kat sekolah asrama biasa tu. Mula-mula rasa lain macam jugak, tapi sedapkan hati 'sekolah baru' sebagai permulaan bagi dia membiasakan diri di tempat itu. Akhirnya, dia jumpa dengan rakan sebilik. Nama dorang Lena, May dan Farah. Semua peramah dan baik.

Bila masuk asrama baru, macam-macam cerita lah tentang 'latar belakang' asrama ni termasuklah pelajar di situ. Mulanya Dahlia dengar cerita kawan dia macam nonsense je. Dia kene hati-hati dengan geng QUEEN and  PRINCESS. Jangan cari pasal sebab kita ni SLAVE tak ada kuasa. Tapi, Dahlia bukannya lemah sampai kena buli macam tu sekali. 

Nak dijadikan cerita, satu hari Dahlia terlanggar salah seorang ahli kumpulan QUEEN. Tapi, dorang okay je macam biasa sebab dia tahu Dahlia tu budak baru. Namun, geng QUEEN ada muslihat tersendiri. Mereka taknak lepaskan Dahlia macam tu je. " Jangan sampai budak baru pijak kepala kita guys. Panggil dia suruh datang tengah malam nanti kat belakang bangunan " -Sarah


Tanpa Dahlia duga. Malam tu geng QUEEN telah membawa dirinya ke semak belakang asrama dan mengupah orang suruhan untuk merogol dirinya. Kalau lah dia dengar nasihat kawan-kawan nya...pasti dia tak akan ikut geng QUEEN. Menyesal, benci, dendam dah semarak dalam hati, lebih-lebih lagi dia kena simbah air longgang oleh QUEEN yang berperangai setan tu. So, tanpa fikir panjang, dia ambil keputusan main ' Spirit of the coin ' bersama rakan sebilik dia  untuk meminta bantuan dari alam lain bagi mengusir geng QUEEN keluar dari asrama. Semenjak tu ada je tak kena dalam asrama.

JASAD-JASAD TU SUDAH TERLEPAS .....

Nak tahu akhirnya? baca novel tu sendiri okay! serious tak expect lastly Dahlia jadi macam tu ...
Sedih pun ada ni :'( 

Baca juga tau! Berbaloi kot!!

------------------------------------------------------------------------------------------

Nantikan Next review novel : KACAU


Cerita ni lagi gempak! Sampai terbayang-bayang lagi even dah habis baca novel tu. Serammm..




Tuesday, August 26, 2014

Bakal Di Review Novel : ASRAMA

Assalamualaikum !


Jeng jeng jeng ...

'Satu permulaan yang membawa kepada penderitaan'
(gambaran untuk novel ni)

Ha, jangan tak tahu pulak yang aku ni memang peminat tegar novel! Dulu-dulu suka baca novel jiwang, cinta-cinta bagai. Tapi, sekarang nak cabar diri baca novel yang ekstrem, thriller. Baru dapat berkembang daya pemikiran & imaginasi. Ini tak. CINTA CINTA CINTA. Tak berkembang mana pun. Maaf bagi yang terasa. Namun, hakikatnya memang begitu. 

Novel ASRAMA ni dalam proses membaca. So, lepas dah habis, aku akan review ok! Mesti korang excited kan! Seriously, berbaloi. By the way, kepada yang pernah baca novel 'JANGAN BACA NOVEL NI' daya pemikiran anda mesti akan melayang-layang. Penulis Ismi memang hebat dalam karya penulisan sebegini. Teringin jugak nak buat novel! Haha tengok la :P