Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Markah peperiksaan pelajar cemerlang terbilang Malaysia


Assalamualaikum.

Firstly, jangan tertipu dengan tajuk entry aku ni ha. pasaipa? aku tahu lah korang mesti pikiaq isi entry ni pasal pelajar-pelajar yang cemerlang markahnya. Takdenyelah nak memperkenalkan mereka semua ni melainkan aku ada sekali antara pelajar cemerlang tu. Pergh hikprokitnya ish ish.

Dah la. bukannya taknak cerita, tapi beribu kot orang yang bijak pandai ni. nak cari 1 sekolah pun entah berapa ratus orang kan (nisbah 100 : 1000). so ceq nak cerita pasal markah hots yang sedang hots jugak dibincang oleh lembaga peperiksaan. 


Jenis Peperiksaan


Jenis peperiksaan Sumatif untuk D4, D5, T1, T2 dan T3 (PBS)


Untuk murid D4, D5, T1 dan T2, jenis peperiksaan yang berkenaan:

Ujian 1 / Sumatif 1
Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
Peperiksaan Akhir Tahun / Sumatif 3.


Untuk murid T3:
Ujian 1 / Sumatif 1
Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
PT3 (masih dalam perbincangan. Gred sahaja).


Julat Gred Sekolah Rendah


Julat Gred SR Untuk Tahun 2015 Untuk D6, julat gred yang lama masih digunakan:
80 - 100 --> A
60 -- 79 --> B
40 -- 59 --> C
20 -- 39 --> D
01 -- 19 --> E
00 --------> TH


Untuk D4 dan D5, berikut ialah julat gred yang baru:
85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH


Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).


Julat Gred Menengah Rendah
Julat Gred Menengah Rendah Untuk Tahun 2015
85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH

Serius 50% D. dulu aku cukup-cukup makan pun lek lagi ahahah! <--serius ke ni perangai aku? ish ish


Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai. F, please avoid T_T


Julat gred MA Untuk Tahun 2015. 
 
Berikut ialah Julat Gred MA yang baru:
90 - 100 --> A+
80 - 89 ---> A
70 - 79 ---> A-
65 - 69 ---> B+
60 - 64 ---> B
55 - 59 ---> C+
50 - 54 ---> C
45 - 49 ---> D
40 - 44 ---> E
01 - 39 ---> G
00 - 00 ---> TH


Subjek Wajib Lulus Untuk Ting.4 dan Ting.5 2015 Murid Ting.4, subjek wajib lulus ialah BM, Sejarah dan BI.
Murid Ting.5, subjek wajib lulus ialah BM dan Sejarah. Target subjek penting pass tu. ehh abang, akak SPM eheh


Sumber: SAPS

Riuh betul ye lembaga peperiksaan bincang markah. sabar je ah, jangan last min tukar sudah le. kesian kami yang nak ambil exam nih T_T

Friday, January 30, 2015

Membebel

Assalamualaikum, hi

Ehem, paham paham je la. bila dah sekolah, memang takde cerita lain lagi la sebab life aku kat sekolah je. dari hari isnin hingga jumaat. tak masuk lagi kelas tambahan sabtu ahadnya. ok tak apa, chill je :)

Kalau ada budak besar termasuk blog aku, meh sila lah baca sekali entry ni. feeling muda gitu ahahah. padahal entry ni nak membebel je kot :p hmmmm 



Siapa yang dah lama baca kisah aku kat entry lama tu, dia fahamlah yang bestfriend aku pindah sekolah sebab apa. hm aku rindu dia huhu. Now, sekolah macam biasa je. cuma bab hias kelas je meriah sikit sebab nak menang kelas terbersih la katakan. cikgu kiterang pun sporting jugaklah even though kekadang berubah mood garangnya tu. sokay, guru garanglah murid tunduk patuh kan? ececeh le sangat. 

Nanti isnin aku nak sedekahkan kek chocolate untuk satu kelas. hahah saja je nak buat sebab dah lama tak asah skill baking aku nih, ish ish hope power lagi le heheh

Er, entry ni pendek kan? takde idea dah sebenarnya. nak cerita homework berlambak, semua dah tau :p (well, I have finish my hw yesterday lagi lah hahah sebab plan sabtu nak blogging je) then sekolah pulak, tempat study je ok no crush der and no cinta monyet puhleaseeee.

Probably it's me huh?

Satgi nak pi blogwalking blog hampa semua pulak. maaf, seminggu tak berkunjung balas kan. so wait! bhahaha 

Friday, January 16, 2015

First day sekolah

Assalamualaikum,

Ya aku tahu dah lama aku tak taip. start sekolah benda biasa lah keluarkan buku dan buat latihan. Then 'Mak aihh, sebulan cuti tulisan dah macam cakar ayam ?!' cikgu - - in my imagination je le. so far seteruk tulisan budak kelas 3A tak pernah lagi lah kena tegur dengan cikgu. muahahah segan mungkin. nanti macam - macam alasan keluar. salah satu jawapan bernas aku

" Cikgu, saya menulis dengan menaip. ha taip depan laptop sebab nak update blog. " --pangg karang

" Alah cikgu, pakai phone kira menulis la kan? tiap-tiap hari tulis, rajinkan cikgu " --online kau memanjang!

" aaaaaa. tulisan saya memang ceni ah cikgu sejak darjah 1 lagi. " --pengsannnn

INI SEMUA ALASAN !

Okay, nak cerita dari beginer sampai seminggu sekolah! dulu masa form 1 & 2 boleh lah lek lek lagi. tapi sekarang hmph, rasanya takkan sempat update blog even waktu cuti pun ( sabtu & ahad ) bila dah ada kelas tambahan start dari bulan march. *tarik nafas panjangggg*

Haa fuhh legaa. semalam hari Jumaat tu en aku ada kelas sampai pukul 3.45 petang. pukul 4.30 baru sampai rumah (makan kat kantin punya pasal lah bhahah) Ya, I'm so exhausted. balik tu nak tidur rasa macam tak berbaloi. lagipun dah asar kan. nanti kalau tidur awal, malamnya aku akan jadi burung hantu, takleh nak lelap mata sebab dah cas energy petang tu. huahuaaa.


Dan hampir 100% masa tidur aku berubah. dulu cuti kemain takleh tidur pastu still nak hadap tv pukul 12 malam. sekarang bangun 6.00 pagi - 4 petang kat sekolah. malam pulak lepas buat homework terus tidur! Penat le jugak. rasa macam nak tinggal asrama. sebab takyah lah nak ulang balik dari rumah -> sekolah. waktu prep sana boleh discuss dengan kawan. means buat study group bersama. aww bestnya.

Kat sekolah, nak dikatakan tak cukup makanan, terlebih cukup tau. tu lah masa je suntuk. sebab aku ni pengawas. lepas pelajar rehat baru kita rehat. means diaorg dah masuk kelas, pengawas lambat 10 mins baru masuk. nampak rugi disitu. so, jalan penyelesaian aku adalah dengan membawa bekal atau suruh kawan belikan makanan then tepat habis jaga blok, terus masuk kelas kunyah 2-3 kali roti (selalunya le). kalau tak sempat, alamatnya habis kelas barulah dapat makan. haih sampai mcm tu sekali weh cari waktu makan. aku tak suka masuk kelas lambat. nanti ilmu yg cikgu bagi tu lost mcm tu je. yelah nak buat macam mana. hm sabarlah demi mencari ilmu..

Then you know? There are 3 new students in my class. ugh now the number of students are 42!! bukan nak anti budak baru ke apa. cuma, kelas tu dah jadi terlalu crowded. nak jalan sana-sini memang taklah. aku nak belajar, kalau cikgu tak masuk dalam kelas, aku nak ambil masa terluang tu dengan buat revision atau baca buku. mostly, kengkawan aku selalu borak dalam kelas. so, aku akan cuba ubah perangai form 1 & 2. lantaklah diaorg, usaha masing-masing kan. hm, aku sedar diri ni takdelah pandai mana. tapi aku cuba, nak tingkatkan prestasi!

Look forward. never look back the pass result. cehh

Dah lah. penat membebel. hoho homework hujung sana tak sentuh lagi. Paling malas nak lukis organ untuk sains. huaa mindset le. think positive. adios :)

All pictures are taken from google for sure. I don't have much time to edit whatsoever :p




Friday, January 9, 2015

Selamat kembali ke sekolah!

Assalamualaikum,

tajuk macam nak tak nak je tulis, bhahaha. macam yang semua tahu, isnin minggu depan pelajar akan mula bersekolah seperti biasa. maka cuti pun dah berakhir la kan. sobs sobs, kurang dari 2 hari je lagi boleh relax. hahaha nasib baik aku rajin iron baju terus (sebab aku ni paling malas nak iron baju hohoo) :p

so, entry ni nak bagi semangat la kepada mereka yang masih status bersekolah seperti aku ni.. rajin-rajin kan la diri anda bangun pagi, study, buat homework. takmo malas - malas ye (hahah aku le tu). Tapi takpe, kalau rasa malas benor tu boleh la cari tips untuk study ke. jadinya kurang sikit le kemalasannya. Paling senang, aku tengok dari youtube je. maklumlah bila dah malas, mata pun jadi malas membaca ~


Aku suka cari study tips kat Youtube so, terjumpa la tips dari budak ni. best ah jugak cara penyampaian dia. oh ya, she's pretty right? ><

Ok, itu agak ke laut but isi yang dibagi no bad le. and speaking English dia pun aku boleh paham. tau tak, dia ni from turkey! how nice eyes you got. heheh

Selain tu, aku ada la dapat idea untuk jadi lebih peka masa study. macam higlight kan keyword ke, fokus time cikgu ajar dan buat jadual waktu. Kalau dah bosan sangat study kat rumah tu walaupun baru 15 minit buat revision, boleh la exercise turun naik tangga ke, melahap makanan dan dengar lagu. sedikit sebanyak membantu jugak lah nak fokus study tu eventhough tak fokus 100%. ha, selalu jugak tulis memo pad untuk isi penting. hee paham dok? hahah ini tips yang aku kumpulkan dari omputih Youtube tu.

Soalan untuk readers ;
Apa preparation untuk sekolah nanti? share-share la haha :D

Lasttt frommm meee. Selamat kembali ke sekolah ! argh sekolah dah memanggil-manggil aku tu hukhuk T_T


Adios