Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Happy holiday guys !

Assalamualaikum

HAPPY HOLIDAY !

Uih lamanya tak menaip. lebih banyak menulis je minggu ni hahahaha tu pun sebab exam. Ya Allah, finally dah habis pun struggle 15 subject for this mid year exam. serious ah otak berkerja keras memerah akal fikiran nak menjawab. Taknak target tinggi-tinggi le tunggu je lepas cuti 2 minggu ni baru dapat paper balik. Cuti ni memang nak ada leisure time. Happy bukan kepalang bila ayah kata nak bercuti ke Pulau Pangkor. YEAY !! I should be happy okay spend my holiday there with my parents. 

So here. I want to share my holiday list !


Things I want to do on holidays

  • baca buku, novel.
Lamanya tak baca novel weh. dekat 2 bulan tak dapat baca novel fiksyen. asyik melekat kat buku teks je en. aku ni ulat buku kepada mysterious/horror novel tau hahahah. takpe, cuti ni memang kaw kaw lepak atas katil habiskan novel fixi yang aku beli tak lama dahulu. huhuhu happynya!

  • baking !
Tahun lepas punya cupcake. heh

Serious lama dah tak baking. bahan pun takdak nak buat ni huhu. cuti ni memang kena shoplist bahan untuk buat cheese cake, tiramisu, chocolate. bake benda basic yang aku terer je la. haha lepas buat, kita membedal la ye! Yeaheyyy


  • Having extra class
First week of holiday memang tak sah takde kelas tambahan. bersyukur, redha. cikgu pun sanggup datang nak ajar kita takkan kita tak boleh kan? Lagipun semua cikgu expert nak muridnya berjaya I know. so cuti-cuti ni pun kena study juga la ye PT3 candidate? hahaha talk to myself is just weird.

  • Pulau Pangkor our holiday destination
Seperti kata-kata pendahuluan di atas, aku dan family akan bercuti kat Pulau Pangkor. yeay! tapi, pergi time cuti kedua tu la because semua busy. adik aku pun extra class just like her sister. but first of all, bilik dah tempah awal yeay still excited do


dapat usha gambar je dulu. 

CANTIK. TENANG. that's how I describe the beauty of the sea. tempat release yang paling rare weh. pergi pantai, tengok air kebiruan, ketenangan menerjah dalam diri. minda pun positif dan dapat membentuk aura yang bahagia bila tengok pantai.

Lols sorry ayat apa entah kat atas ni. 



Okay, itu saja aktiviti time cuti. lain2 tu macam tengok movie ke pi shopping and else dah biasa. takkan nak masuk dalam list ni juga en hahahah. dan maaf sejak bulan May ni kekurangan idea nak taip apa. kebanyakkannya entry tak berfaedah dan entry pasal diri sendiri je. haha hiprokitnya. macam orang baca life story kau do. kk memain je. but still grateful kepada sesiapa yang membaca blog aku ni. terharu kejap :') 


Muka happy birthday girl ni hahaha. anyway, enjoy your holiday with benefit things ok! :)



 
adios

Saturday, May 2, 2015

Kelebihan bila jadi blogger

Assalamualaikum haiii apa khabar!! Alhamdullilah saya sihat saja~ hewheww

Mukadimah Merepek 

Tahu tak siapa tu blogger? hangpa yang baca blog aku ni lah. mesti le korang semua ada blog kan. eleh macam ah aku tak tau yang korang ni asyik stalk aku je, bhahaha kantoii. 'eh mana tahu?' kejap lagi bertambah pageview dan comment yang menanti di entry aku nih bhahaha bajet retis ye kau. alamak ada ke yang takde blog? better korang buat blog by now okeh sebab korang akan rasa sesuatu aura bila terjebak dalam dunia blogging. aura yang susah nak describe. serius aku kata aura blogging tu lain dari yang lain. tapi apapun, "don't give up before you have started" cewah kau ayatt .

Mukadimah sebenar untuk melamar si cinta hati




Blogging has changed me a lot. A lot of thing that I need to find out. At first I being stupidos but after 1 year 3 month in blogging, I finally being super something, super knowersss! Alhamdullilah I'm grateful for being blogger although I'm just a blogger hingusan (lap hingus balik :3 ) Okeh jadinya, dengan pengalaman aku dalam "bidang blogging" ni, adalah beberapa perkara yang aku peroleh dan untuk entry kali ini akan aku kongsikan kelebihan jadi blogger :)


KELEBIHAN WEH

1. Dapat mengenali kawan alam maya yang sporting!
-Pelbagai lapisan blogger dapat kita kenal tau. haa kami ni tersangat ah sporting. cewah . just pilih nak geng mana. semua boleh join !

2. Dapat menjana pendapatan sambil blogging
-Sambil blogging sambil tambah pendapatan. boleh jeee. Nuffnang kan ada? selain tu banyak lagi iklan yang disediakan. pilih je nak yang mana. register and on! selagi korang blogging boleh la sekali tambah pendapatan tau. aku pun join Nuffnang awal january ni. adalah berpuluh ringgit dalam tu. so, teenagers macam aku pun boleh jana duit from there. Oh ada lagi! peniaga pun hire blogger untuk iklankan produk! best tak best ?! hahaa

3. Asyik dapat surat cinta je. Takpun parcel besar woah!
-ni yang suka join giveaway macam aku lah! hahaa memang best aje lah melayan hadiah yang berlambak. aku paling suka bila dapat shawl dengan souviners. dan tidak pernah sesekali dilupakan. MAKANAN *-* sedap ohhh

4. Dapat memantapkan lagi skill menulis tu.
- yang ni aku tak tau macam mana nak explain. sebab penulisan aku pun macam ni je la. bukannya ikut format PT3 en. sebab aku kalau tulis macam dalam karangan en memang takde feel langsung. aku bukan 100% ikut format dan bersastera ok?! sempoi2 sudah le . dalam blog je la

6. Paling penting, kita dah lakukan benda yang berfaedah dengan meluangkan masa hanya dengan blogging
- isi di atas teramatlah banyak dengan point dia.

Tambahan [ Kalau famous, ini keuntungan yang diaorg dapat ]
- yang ni tanya yang pro. basically, followers dan traffic blog memang sentiasa tinggi. untung lah sebab ramai yang baca blog kita (kalau famous lah) pastu nanti ramai yang hire untuk review produk dengan bayaran yang tinggi dan juga dikenali ramai. kira untung besar lah kepada mereka yang famous. aku ni haa blogger hingusan pejam mata je la.

Kesimpulannya,

( macam buat karangan je haha)
memang beruntung ah jadi blogger. haa serious ni je la kesimpulannya. tapi dalam karangan bm hang dapat 1 markah penutup je ah . hahaa jangan terikut ayat aku ni, not formal at all

Kejap.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Yang dah jadi old blogger tu boleh EXIT.

Ini

Khas untuk newbie

Ayat pun paham2 ah. SKEMA

Dah pi chaw.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Ha ok adik2 newbie. ignore je ayat atas tu

Meh sini nak cerita

akak tahu mesti payah sikit nak up sebab akak pun dulu selalu buat entry syok sendiri tapi takde sape sudi baca pun. hukhuk. Jadi untuk permulaan, adik kena lah selalu beramah mesra dengan blogger yang cun macam akak ni dengan sentiasa komen di chat box dan entry blog. ini juga akan menyedarkan blogger senior (acah acah berpengalaman) yang adik ni wujud dalam kalangan blogger. so we end up dengan ikatan antara blogger. itu paling penting kot. sebab en. cuba fikir, kalau someone nak appreciate kita, kita kena lah appreciate dia kan? [ appreciate membawa maksud singgah mengunjungi blogger lain la en ] sebagai tanda appreciate juga. Wahaa blogwalking ah senang nak pahom

Simple kan? sambil buat entry tu boleh ah berkenalan, sweet gituw. yang suka giveaway macam akak ni baik join tau. lama-lama hadiah tu boleh jadi bukit seriously. tapi sekarang ni akak dah jarang ah join giveaway, nak bersara la katakan. ewah, blogging takkan aku nak bersara juga en?! No way for the answer !


Overall , I love blogging ! kehkeh gambar credit to google 


Saturday, April 18, 2015

Blog aku masuk Berita Harian

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Tahniah do blog. Kau akhirnya masuk newspaper. jangan lupa aku pula sebagai penulis blog hang ni ha. dedikasi ni khas untuk blog aku :) . tanpa opportunity ni mungkin tak wujud status blogger dalam diri.

First of all, aku tak expect pun blogger cikai macam aku ni dapat masuk paper. muka takde ah gempak mana. tapi, ini semua aku terima sebab sesekali nak kasi appreciation pada blog. Makanya, aku pun tumpang gembira dengan pencapaian blog ni. bolehlah selalu update ya. kah! still on weekend je aku dapat buka. PT3 jangan lupa. Markah exam pun kena sentiasa kebabom. maaf cikgu kalau saya masih belum bagus lagi jadi anak murid sejati cikgu T_T I'll try my best to keep on A je. maintain tu kena always.

Kepada ibu bapa tercinta, terima kasih kerana beri dorongan dan semangat padu kepada anakmu yang sangat manja. Dulu, aku blogging senyap2. asal buka laptop je mula ah kemain laju menaip. mak aku selalu juga perhati. bila dia tau aku ada blog, ha apa lagi pecah rahsia. mak aku pun at first pelik aku selalu  dapat parcel untuk hadiah giveaway yang aku dapat. so, tiap kali ada hadiah best-best, aku share ah dengan family. lagi2 makanan. ayah aku biasanya yang ambil parcel pastu tanya  " berapa banyak pakwe kasi hadiah ni " HAHA ini tak lawak. 

Thank you juga kawan classmates aku yg war-warkan berita ni ! Akhirnya pecah juga temberang yg aku dah sebaik mungkin sembunyikan ni. HAHA. Entah siapa yg heboh masih tidak dapat dikenalpasti. haa aku pula yg taktau nak tunjuk muka dan tunjuk reaction apa bila datang sekolah nanti. aduii nasib baik ada sehari lagi cuti. dan paling penting, harap takde siapa cam aku ( untuk budak junior mahupun senior ) cukup ah classmates aku je yang tahu. Yelah orang yang dah kenal kita jumpa face to face lagi kau. mana nak letak muka? dan harapnya juga tiada cikgu aku yang tahu akan perkara ini. kalau tau habislah perasaan riak meriak aku ni. ish ish mintak dijauhkan.

Blogger yang setia berdamping dengan aku. thank you sangat kerana korang ah yang menceriakan blog aku dengan comments yang ceria, dan shout kat chatbox aku. hee tak lupa juga blogger yang menjadi inspiration aku seperti Namee Roslan, Fatin Liyana, Irene Nadia dan lain-lain lagi ( check kat bloglist untuk tahu semua ). walaupun blog famous tak baca pun blog aku ni huk huk, but still cerita diaorg sangatlah memberi inspiration kepada aku. apapun semua yang pernah singgah dan comment, mekasih sangat !!

Dan kamu ! Ya, kamu yang baca blog ni. thanks sebab tingkatkan traffic blog ni. tanpa kamu, blog kosong. minda aku pun boleh jadi blank. 

Appreciation kepada semua yang memberi semangat kepada aku untuk tulis blog. kalau takde dorongan ni, aku takkan ada pun dalam dunia blog. Ha Nuffnagers ! klik2 juga nuffnang aku ya. kahkah sempat je promote . kepada miss. wartawan iaitu akak azma, thanks sudi layan kerenah saya yang menjawab soalan acah acah retis. Aku buat penghargaan ni sebab aku hargai semua orang yang mendorong aku sampai ke tahap awan. okay, awan je dulu buat masa ni. lawa apa, warna biru :) heeeeeeee


TERIMA KASIH SEMUA !



PS : haritu lupa nak beli newspaper. tak baca full pun lagi. huaaaahhh siapa ada berita harian hari Rabu minggu ni? boleh ambil full tak T_T


Friday, April 3, 2015

New header Idea

Hi assalamualaikum

Entah tetiba rasa nak buat header. walaupun aku ni memang hampeh bab2 edit. at least, jadilah juga buat header for my own blog. hewheww puji sikit header aku cantik . eh haha


Apapun untuk header lama yang Sha buat khas untuk aku tu akan aku jadikan watermark. cantik tau dia buat! design simple je tapi memikat hati aku. cewah .

Serious lawa 

Theme header aku pasal apa?

Kalau korang pehatikan sekejap memang tak dapat tangkap. hahaha. ok aku suka bunga . so design hujung kanan tu sebagai simbolik yang tuan punya blog suka sangat dengan bunga. next, AJAIB tu adalah favourite novel yang aku paling suka jalan cerita dia. belah kirinya pula, aku suka abstrak galaxy. apa lagi letak ah jadi header. ha gitu. mostly header aku ni banyak isi tersirat. kalau korang setia baca blog aku, korang akan faham. setiap tu juga aku ada tulis entry sebelum ni.

Ok panjang berjeler cerita pasal header. kahkah bye.


Friday, January 30, 2015

Membebel

Assalamualaikum, hi

Ehem, paham paham je la. bila dah sekolah, memang takde cerita lain lagi la sebab life aku kat sekolah je. dari hari isnin hingga jumaat. tak masuk lagi kelas tambahan sabtu ahadnya. ok tak apa, chill je :)

Kalau ada budak besar termasuk blog aku, meh sila lah baca sekali entry ni. feeling muda gitu ahahah. padahal entry ni nak membebel je kot :p hmmmm 



Siapa yang dah lama baca kisah aku kat entry lama tu, dia fahamlah yang bestfriend aku pindah sekolah sebab apa. hm aku rindu dia huhu. Now, sekolah macam biasa je. cuma bab hias kelas je meriah sikit sebab nak menang kelas terbersih la katakan. cikgu kiterang pun sporting jugaklah even though kekadang berubah mood garangnya tu. sokay, guru garanglah murid tunduk patuh kan? ececeh le sangat. 

Nanti isnin aku nak sedekahkan kek chocolate untuk satu kelas. hahah saja je nak buat sebab dah lama tak asah skill baking aku nih, ish ish hope power lagi le heheh

Er, entry ni pendek kan? takde idea dah sebenarnya. nak cerita homework berlambak, semua dah tau :p (well, I have finish my hw yesterday lagi lah hahah sebab plan sabtu nak blogging je) then sekolah pulak, tempat study je ok no crush der and no cinta monyet puhleaseeee.

Probably it's me huh?

Satgi nak pi blogwalking blog hampa semua pulak. maaf, seminggu tak berkunjung balas kan. so wait! bhahaha 

Monday, December 29, 2014

Suasana ketika blogging

Assalamualaikum.

Apa yang aku nak sampaikan berkenaan entry kalini adalah suasana persekitaran ketika blogging. ataupun lebih tepat ketika nak buka laptop. hee aku memang jenis yang perfect tentang kebersihan persekitan sebelum nak mulakan kerja, (eceh bajet). bajet-bajet pun kau nak rasa tenang kan sebelum blogging apa semua. lagi-lagi bab buat assignment. bila tengok keliling kita bersepah hmph takde mood terus nak buat. lagi stress bila idea tak mucul-muncul. eh chillah kak ~ 

Selalunya aku on laptop dekat ruang tamu sebab kat situlah ada mamat korea. muehehe. memang best layan drama sambil menaip sampaikan ayat pun jiwang habis! Cerita Pinocchio sekarang ni paling best bagi aku. Wahaaaaai peminat drama Korea, korang pun mesti layan jugak en? hahaha. alamak tersasar topik mak aih. 

Tapi kalau nak kosongkan minda better online dalam bilik. That means otak tengah serabut memikirkan assignment ke, homework berlambak bak ang ke, jiwa tengah kacau ke kan.. ha bagus jugaklah duduk lelama dalam bilik tu. keluar bilik esok pagi ada banyak air liur merembes keluar tak termasuk sekali sisa dia kat depan laptop. (eww tolonglah..itu bukan aku)

bila laptop dah ada depan mata, novel pun tak tersentuh. eleh bajet ah minah ni nak baca bila tangan ni laju je menaip kan. hmph!

eh lupa. kau ni dah lah tahun depan pt3. so kena nampak macam student bertauliah la en. kekadang kita ni lalai kan so ni petua aku kalau korang asyik nak online je. silalah tempek di background laptop dan phone masing-masing. harap terasa bersalahnya bila tak study :')

My version. Thanks for wish dear laptop .

Lagi sentap kalau letak caption
 " ARE YOU READY FOR EXAM ?!! " 
tanda seru untuk debaran. wiwiwi. nampak tak punya prihatin laptop menyoal kita setiap kali nak online?

Apapun nak online tak salah. Yang salahnya bila kita leka pada benda yang tak berfaedah. Kalau sekali sekala takpa. Ni kalau dah hari-hari alamat jadi ketagih. Apa pendapat korang pulak?

Hip Toodles :)

Friday, September 19, 2014

Blog Berwajah Baru!

Assalamualaikum! hello readers.

Nampak tak blog fir dah berwajah baru? 

Fir suka warna hijau so link tu semua taknak ubah. cuma kalini campur dengan colour white untuk background. Sebab fir perasan yang semua warna hijau yang ada dalam blog ni rasa semak? Tahu tak. SEMAK. Tak dapat perasaan tenang dah di situ.

Apa pendapat korang tentang perubahan ni? komen la sat.

Harap-harap kaurang suka lah ye. Oh! untuk pengetahuan fir ni jenis yang cepat bosan. Contoh paling dekat blog ni. Bila bosan je terus tukar benda yang tak enak mata memandang, Eceh kesian juga dengan blog ni di make-up kan tetap hodoh. Sebenarnya memang dah serabut ni nak edit balik. Buat sementara ni cukup lah apa yang seadanya di blog ni. *kesian blog dapat empunya cenggini >.< *



Notes for blog " Maaf maaf maaf yaaaaaaa. Sekali lagi aku tinggalkan kau blog. Aku sayang sangat kot kat kau. Jangan fikir aku kejam, jahat. Aku buat semua ni pun untuk kebaikan kita bersama ye dak? haha apapun aku akan selalu lawat-lawat kau nanti. don't worry. Satu hari nanti aku akan berjasa kat kau pula. Aku tak lupa benda tu. Kita sesama merealisasikan impian ni ok! "
Sincerely, 
Your owner



Thursday, March 27, 2014

IDEA

Assalamualaikum !

Hai :D Tengok tak tajuk tu? :: IDEA :: apa kena mengena dengan entri ni? haha sebenarnya, dari tadi aku buka blog. cuma takde idea nak tulis apa! hehe. so sekarang dah tahu apa nak taip. soalan pertama -
Korang pernah terpikir tak sejak bila korang berblogging? dan...
sejak bila korang tahu blog?

Haha. Kalau tiada minat, memang selama-lamanya korang tak pernah ada blog. dan..
Kalau takde orang yang terdahulu drpd kita, confirm korang tak tahu nak buat blog kan? Takkan lah lahir-lahir je dah pandai buat blog :P 

OK! di sini.. aku terdetik hati nak ceritakan pasai pa depa berblogging. ceritanya ceni.. kawan aku 'Iman L'feera' ni dok post benda pelik-pelik je. dia mintak aku buat tu, buat ni.. mulanya aku mana nak faham. Then, dia suruh aku buat blog. Eh? kenapa plak? rupanya dia ni kaki Giveaway! dia suka dok post entry giveaway. *post pelik-pelik. so, sekarang ni aku pun jadi ketagih ah nak masuk GIVEAWAY. Yang sedihnya, dia dah takleh buka laptop, blog dan aplikasi lain. hmm. Akhir tahun nanti baru dia active balik :) Hahaa

Atas jasa baik dia *Iman L'feera* aku dah pun pandai nak buat entry dan mahir pasal dunia blog. kalau dia tak ajak aku confirm sekarang ni aku tak tulis kat entry ni! :P huhu. Iman ~~ cepatlah onn . aku takde rakan GIVEAWAY ni... hahaha

:: SPECIAL EXO ID CARD ::

P/s : jangan jeles :P blog ni pun awal-awal dia dah makeup kan.. haha.. cantik kan? Yang tak puas hati, perlu ke '1D' dia kat blog aku?!! Haih . untuk pengetahuan korang aku ni exotic yea.. buang 1D tu. Ops xD..

ThankYouVeryMuch ImanL'feera! :*