Showing posts with label Faedah. Show all posts
Showing posts with label Faedah. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Aktiviti cuti sekolah

Assalamualaikum

Hujung minggu patutnya jenjalan dengan family tapi kitaorg lebih cenderung layan cerita Hindustan. ok best jugak tu :D Aku macam biasa bila dah bukak laptop benda pertama buka mesti dashboard blog. mihmih haruslah dah dapat idea nak mengarang dan tetiba tangan rasa gatal tak sabar nak menaip. can you imagine this? ok let's go to the main point of entry.

Aktiviti cuti sekolah

1. Blogging

Benda yang selalu aku buat sebagai satu hobi. Bukan setakat cuti sekolah je. Bila-bila masa free aku akan bukak. Dalam seminggu mesti ada entry incase kalau laptop rosak ke atau tengah holiday. Faktor ni lah yang selalu blogger alami kan? Tak termasuk sekali yang busy kerja ke apa. fuhh demi minat mendalam terhadap dunia blogging tu semua bukan masalah kepada TAK DAPAT UPDATE BLOG . salute blogger cemni weh. even aku pun bukan tiap-tiap hari update blog or we just call it as blogger suam suam kuku je.

2. DIY 

Aku bolehlah dikategorikan sebagai peminat DIY. That means aku suka recreate benda jadi lawa dan kreatif. Inovasi sendiri kan mihmih. Meh aku kongsikan DIY yang pernah aku buat.

Tote bag create by aku. haha

Bookmark and bracelets by me & sister

Bookmark dengan bracelets tu aku ngan adik nak jual. saja buat bisness. nampak macam tak siap lagi je en. aduh ni baru first level. senanya dah siap tapi malas nak snap. mihmih 

3. Belajar Memasak

Dah namanya 'anak dara' mestilah kena pandai masak. wiwiwi nak kata dah pro takdelah pro mana. Aku ambil kesempatan untuk masuk dapur pergi berguru dengan chef terhandal iaitu ibu aku sendiri meh.  tak ke gitu anak perempuan kena buat? (hahah acah) :3

4. Attend kelas tambahan

Aku PT3 tahun ni. cikgu pun semangat ajar kitaorg. Yelah siapa taknak anak murid dia pandai kan. So, sambil cuti ni pun, kena juga study mihmih.


Ok itu saja aktiviti cuti sekolah aku :D baru update walaupun lagi 2 hari nak kena sekolah balik. anyway wish me luck untuk competition solar cooking! kalau tak dapat aku membebel dekat blog ni ha. HAHA



Sunday, March 15, 2015

Solar cooking Ideas

Assalamualaikum,

Aku nak memperkenalkan solar cooking iaitu memasak menggunakan tenaga cahaya. Ok memang agak weird budak macam aku ni amek berat pasal benda ni--yang melibatkan ilmu duniawi dengan carian di internet tanpa dorongan daripada sesiapa. Ok bab 'tanpa dorongan sesiapa' tu tipu belaka.

Al kisahnya, cikgu sains tanya kelas kitaorang,

 " Ada tak nak sertai pertandingan solar cooking? "



Ah mulalah aku tunjuk muka blur waktu tu (tak faham menda cikgu kata heh.)

" Alah yang masak-masak pakai matahari "

Ok lagi blur. eh sat. asal aku masa kecik-kecik dulu tak pernah terpikiaq nak main masak-masak guna cahaya matahari. sadis, kalau tak mesti boleh masak kentang sampai hangus punyalah. Ok merepek, tapi aku syak otak-otak aku masa tu belum berkembang dengan hebatnya. lel aku ada banyak otak. tu la, aku simpati sangat dengan rama-rama, ulat beluncas dan belalang kerana aku jadikan mereka bahan eksperimen sendiri. kejam sungguh. takpa, zaman innocent dulu takyah nak kenang.

Tapi kan, yang aku kagum, ramai betol kawan aku nak join competition tu. Aku nak join tapi kasi chance ah (kononnya) sampailah 2 hari kemudian, semua masih berebut nak sertai sebab cikgu cuma nak pilih 3 orang je. Keputusan belum muktamad lagi. kesian cikgu pening kepala nak pilih yang terbaik. So, she ended up dengan buat pertandingan peringkat kelas. That means antara ramai2 tu dia hanya pilih 3 yang terbaik untuk lawan.

Tapi! ( aduh, tapi lagi. ) bila cikgu panggil " Siapa yang nak sangat join tu ? Meh ke depan " dah kenapa semua diam macam cengkerik. eh at least cengkering ada keluar bunyi " krik krik " HAHA lawaknya. still tak ada siapa yang keluar. apasal diaorg ni? Wah, aku dah nampak Izzudin dan Haikal keluar. yang lain lagi mana?

Tetiba hasrat dihati nak sertai sekali, mana tau ada rezeki. aku pandang mas, kawan sebelah. dia kata pergi je la. Oh faham dia memang tak minat. Tapi masa tu aku dah bangun -- angkat kaki lagi. diaorg semua dah clap clap bagai. serabut aku. Ah lantak aku seorang je perempuan. Yes dah takda penyingkiran lagi sebab cukup 3 iaitu aku, budak laki dua org tu.



What? ada lagi yang pi depan -ainin , syahidah-  OK chill la jangan stress. bersyukur sikit ada perempuan selain dari aku walaupun aku dah rasa cukup compete sekarang ni. So now here I am, tengah menulis balik peristiwa bagaimana aku terjebak dengan benda ni. Sekali check perenggan atas pergh kemain banyak aku menaip. takpa pengalaman. Aku pun nak kumpul maklumat ni letak kat blog, sebab aku yakin benda ni takkan hilang.

Sambil tu boleh bagi idea bagi yang kreatif dan sokongan padu pada aku. ceh manjanya anak sulung mak ni :3


Solar cooking Ideas

AdvantagesDisadvantages
General characteristics
  • Easy and cheap to make
  • Can be collapsed for storage or transport
  • Lower temperatures.
  • Can't fry foods.
  • Cooks only 1-2 pots of food.
Fun-Panel 45 degree view
  • Built in about an hour from one large cardboard box or from two medium-size sheets of cardboard
  • Doesn't require a large flat sheet of cardboard like the CooKit does
  • Easy to adjust for different sun angles
  • Great cooking power
  • Very good for winter cooking in temperate regions
  • Not waterproof
  • Might be difficult to use in equatorial climates where sun rises to straight overhead.
Windshield Shade
Windshield shade
  • Fastest cooker to make.
  • Waterproof
  • Only feasible where windshield shades are sold
Cookit
CooKit
  • Folds to the size of a large notebook for storage or transport
  • Not waterproof
  • Cooks best when the sun is high in the sky.
Sunny Cooker
Sunny Cooker - LSA 1
  • Uses less cardboard than other panel cookers
  • Not waterproof
  • Might be more difficult to use at mid-day in equatorial climates where sun rises to straight overhead.

Saturday, January 24, 2015

Top 3 English book

Assalamualaikum, hi

Mesti ada certain benda yang kita minat kan. macam novel, ada yang suka baca jiwangs dan ada yang suka cerita miseri/seram. its up to you. Your choice. hahah, aku cuma nak recommend je lah favourite English book yang aku minat betul nak baca. Paling penting MESTI ADA PICTURE. CERITA BERKISAHKAN DIARI HIDUP DAN SEKOLAH. alah paling senang nak describe, all about teenager life stories (same goes to me)

THOSE ARE TOP 3 ENGLISH BOOK THAT I ADORE AS MY CRUSH. SERIOUSLY NO KIDDING.

1. Big Nate book stories
( belum ada series ni lagi T_T )

Mind to read the synopsis first? I know you would be interested  as  I do!!

Nate Wright is known to his pals and teachers for many things, his penchant for mischief and his school record for detentions being the foremost. But beating out brainiac Gina's grades is not one of those things! In Big Nate Makes the Grade, the school life goings-on of Nate, his pals, and his long-suffering teachers are recounted in hilarious detail.

Okay, this is my first English book that I had bought by my own money and I really enjoy it. sebab? aku tak tahu macam mana aku sanggup beli dengan harga lebih kurang RM36 (9 dolars) pastu bayar dengan duit yang aku kumpul sendiri. Mula-mula, jejak je kat kedai buku tu terpegang lah buku Big Nate ni pastu terbaca lah sinopsis dia. Berkisahkan tentang Nate si budak nakal (but to me he just okay) cuma keadaan je yang menyebabkan dia jadi camtu. ceh ayatnya, hahah. aku suka betul watak nakal dia ni. bukan selalu pun aku dapat feel kenakalan dalam kelas en (tak sedar diri ni pengawas ada hati nak terpengaruh dengan kenakalan Nate --'). tapi, apa yang buat aku kagum tentang Nate ni dia ada determined yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang dia nak. sebab tu kot buat aku tertarik nak beli. dan akhirnya, tak rugi pun beli weh sebab story dia memang best even though mahal ya ampun. Aku harap aku menang lah giveaway dari nile.com tu so boleh lah borong buku banyak-banyak! weheee.

2. Dork Diaries by Nikki Maxwell


Synopsis:
Nikki Maxwell is not popular, in fact Nikki Maxwell is the opposite of popular; she's a total dork! But Nikki's hoping that by moving to a new school she might just stand a chance of making some friends and leaving her old lame ways in the past. But life is never that simple! Follow Nikki's life through sketches, doodles and diary entries as she starts her new school, battles with her mum for an iPhone and meets her arch nemisis, the school's queen bee, Mackenzie. Enter Nikki's world through her sketches, doodles and diary entries.

Second book. I rate 8/10. best jugak tau sebab dia cerita pasal kehidupan Nikki kat sekolah baru.  banyak dugaan yang Nikki lalui tapi ending dia memang awesome. serius tak expect lastly dia dapat stay kat sekolah tu sebab masa first-first masuk pun dah kena buli. pastu part paling sedih takde siapa yang sudi berkawan dengan dia. haih, seems student kat situ memang ignore semua budak baru dalam sekolah tu. tapi akhirnya, dia jumpa jugak best-crazy-friend dan part paling seronok bila crush Nikki macam bagi hint yang dia pun suka kat Nikki jugak. awhhh. dah lah photographer popular sekolah. adui, aku ni over feel der baca novel ni --' apapun thumbs up! nanti nak baca next series novel ; Party Time!

3. Percy Jackson book series

Percy Jackson series - now with a new cover look. Half boy. Half God. ALL Hero. Look, I didn't want to be a half-blood. I never asked to be the son of a Greek God. I was just a normal kid, going to school, playing basketball, skateboarding. The usual. Until I accidentally vaporized my maths teacher. Now I spend my time battling monsters and generally trying to stay alive. This is the one where Zeus, God of the Sky, thinks I've stolen his lightning bolt - and making Zeus angry is a very bad idea.

Okey, cerita dia memang fiction habis. penulis rick riordan memang ada imaginasi yang tinggi sampai cerita ni buat aku rasa suspen melebih. hahah padahal, biasa je. tapi kan, kalau korang terbaca first page cerita ni, automatik korang feel 'omeegi, I'm in another world' memang jasad korang akan melayang dengan cerita dia. Ahh, atas ni Percy Jackson And Lightning Thief aku baru on the way baca. ye, aku dah kata memang gempak ceritanya. buat aku addict je nak habiskan membaca. perghh first time boleh feeling walaupun takde picture. Hiks!

Aku tahu banyak lagi cerita yang best. but, I can't stand on it. macam harry potter lah, mende haprak  pun aku tak masuk dengan story dia T_T sikit-sikit nak kena search kamus. punya tak paham tahap extrem English dia. lagi best tengok movie dia. siapa yang dapat baca sampai habis novel harry potter ni memang hebat lah! serius T_T

Novel atas tu semua ada jual kat nile.com. dah lah ada discount gila kau taknak beli. huhu duit awal tahun baru je nak up,(means ada sikit je)  hm kesian betul. puhhhleasee, I need to win that RM150 voucher shopping nile so I can buy new series of Big Nate book T_T really desperate right now.

Monday, December 29, 2014

Suasana ketika blogging

Assalamualaikum.

Apa yang aku nak sampaikan berkenaan entry kalini adalah suasana persekitaran ketika blogging. ataupun lebih tepat ketika nak buka laptop. hee aku memang jenis yang perfect tentang kebersihan persekitan sebelum nak mulakan kerja, (eceh bajet). bajet-bajet pun kau nak rasa tenang kan sebelum blogging apa semua. lagi-lagi bab buat assignment. bila tengok keliling kita bersepah hmph takde mood terus nak buat. lagi stress bila idea tak mucul-muncul. eh chillah kak ~ 

Selalunya aku on laptop dekat ruang tamu sebab kat situlah ada mamat korea. muehehe. memang best layan drama sambil menaip sampaikan ayat pun jiwang habis! Cerita Pinocchio sekarang ni paling best bagi aku. Wahaaaaai peminat drama Korea, korang pun mesti layan jugak en? hahaha. alamak tersasar topik mak aih. 

Tapi kalau nak kosongkan minda better online dalam bilik. That means otak tengah serabut memikirkan assignment ke, homework berlambak bak ang ke, jiwa tengah kacau ke kan.. ha bagus jugaklah duduk lelama dalam bilik tu. keluar bilik esok pagi ada banyak air liur merembes keluar tak termasuk sekali sisa dia kat depan laptop. (eww tolonglah..itu bukan aku)

bila laptop dah ada depan mata, novel pun tak tersentuh. eleh bajet ah minah ni nak baca bila tangan ni laju je menaip kan. hmph!

eh lupa. kau ni dah lah tahun depan pt3. so kena nampak macam student bertauliah la en. kekadang kita ni lalai kan so ni petua aku kalau korang asyik nak online je. silalah tempek di background laptop dan phone masing-masing. harap terasa bersalahnya bila tak study :')

My version. Thanks for wish dear laptop .

Lagi sentap kalau letak caption
 " ARE YOU READY FOR EXAM ?!! " 
tanda seru untuk debaran. wiwiwi. nampak tak punya prihatin laptop menyoal kita setiap kali nak online?

Apapun nak online tak salah. Yang salahnya bila kita leka pada benda yang tak berfaedah. Kalau sekali sekala takpa. Ni kalau dah hari-hari alamat jadi ketagih. Apa pendapat korang pulak?

Hip Toodles :)

Tuesday, October 14, 2014

Usaha Tegar si Bodoh daripada Gagal Selamanya

Hello bloggers! Assalamualaikum

Wahhhhhh mmg dh lama gila ah kan tk update blog. Bukan apa, kekangan masa mendorong hamba berbuat sedemikian hehehe cehhwahh.. Harini pun selepas kemas rumah barulah ada mood nk tulis entri. Harini pun dpt cuti free sbb pelajar form3 ada exam PT3 kan.. *Ya Allah, tahun depan turn aku pula.. Adehhh*Mana tknya, last year exam selama 2 minggu menghalang aku nk memanjakan diri dgn belog walaupun sekejap. Haisehhhhh takpe2.. Ku kuatkan jiwa dan raga ni menerima suratan takdir. *wah dramatik sehh*


SERIOUSLY, I'M FED UP FACING ALL THE BOOKS. Every morning, after waking up, quickly I grab the book then learn while remember. It's mostly bored ughhh em nevermind... Andddddd... Finally now, it's end up. Omg I'm so happy alhamdulillah..

credit to google

Tunggu punya tunggu jeng jeng.... Results keluar.. Lek luuuu baru dpt 4 paper mcm B.Arab, Geografi, Mathematic dan Sejarah. Alhamdulillah not bad. I'm so grategul. *The other result's news, I'll be post in next entry guyss so, STAY TUNE!!!! In Shaa Allah* My hard efforts I did before this give me something brilliant. Wowwwwzz..

Papepun, Hm aku masih risau nk tunggu 5 result subjek lain ni dapat. Aku tk letak harapan tinggi pun sbb takutnya frust menonggeng kalau tk dpt keputusan yg diidamkan. Pada hakikatnya, ini perkara biasa yg dialami setiap pelajar. Yes I should ask you" Who don't want flying colors results? Nobody, right?" Yep...


Setelah penat lelah belajar selama setahun dan struggle 2 minggu, ya haruslah setiap pelahar nak keputusan yg membanggakan ibu bapa dan guru serta tk menghampakan perasaan diorang kan? Kadangkala, bila tak dapat score A mestilah stress. Lagi2, bila tengok kawan lain semua bersorak kegembiraan meraikan keputusan terbaik mereka. Ini juga yg dilalui oleh aku bila tk dapat keputusan sebaik mereka.

Ok tapi...
Sampai bila nak terus mengenangkan keputusan cenggitu kan. So MOVE ON !! Kalau menangis air mata darah pun, bkn keputusan tu boleh bertukar pun kan *kengkonon melakonkan watak cerita dongeng* SAMA SEKALI TIDAK !! Kekadang terdetik dalam hati "Eyyy apasal lah aku tk boleh dapat keputusan sebaik dia, padahal aku belajar dgn usaha lg gigih daripada si Peah tu"" Aku tengok dalam kelas, Peah tu bkn fokus pun. Selalu je main, bercakap, buat bising. Tak pernah pun study" psstt.. Jangan sesekali ikut cara orang lain.

Contoh:
-Si Peah lari sejauh 200m dalam masa 10 minit. Dia kat rumah selalu berlatih untuk tingkatkan stamina. Peah juga pergi taman setiap hari semata nak lari satu taman.
-Si Jemah lari sejauh 200m dgn mencatat masa 25 minit. Tak pernah seminit pun si jemah ni cari strategi nak lari laju. Sentiasa mencari strategi. Sampai masa pertandingan pun tk pernah lupa strategi.

Konklusi :
Apa kelebihan Peah ni boleh kalahkan Jemah? Perasan tak, Peah ni jenis yg kuat berusaha dan berlatih. Manakala Jemah ni pula gigih cari strategi tapi tk pernah nak cuba berlari satu padang ke. Selalu dgn strateginya. Fikirkan...

Tuntasnya, usaha yang lebih akan mendatangkan hasil yg lebih. Tapi, bkn senang kan nak move on. Setakat engkau berazam nak jdi top3 students itu ini, cari tips macam2 tapi tk kerja lebih tk gunalah kan. Nak berjaya, hati kena kental. Aku pun bkn jenis yg cepat catch up apa yg cikgu ajar. Blurr juga lagi2 waktu math hehehe.. Yg penting usaha. Aku pun pernah jatuh masa dulu. Ya Allah, nak bangun kemain susah. Bukan nak berlagak, tapi siapa aku hari ni, aku pernah je dpt results D dulu. Pengorbanan guru lah yg mencerminkan siapa aku kini. Cehh

Cerita panjang lebar tapi aku tak bagi tips macam mana nak move on dan berjaya pun tk guna. Ada orang dah move on pun tp tk pernah berjaya. Maknanya apa? Allah sedang uji kesabaran kau berusaha untuk capai keinginan tu. Mungkin Allah tk bagi kejayaan tu sekarang, tp mungkin bila time kau dah dewasa, kau ada rumah besar, kereta mahal jenama Honda haa nikmat kan. Kejayaan kau tu sebenarnya hasil daripada usaha keras yg kau buat dulu. No one knows that. Allah akan bantu hambanya kalau dia ingat padaNya dan sentiasa berusaha.

1. Buat refleksi
Refleksi ni apa? Refleksi ialah satu tindakan untuk kesan kelemahan dan kelebihan diri. Refleksi ni amatlah penting sebelum kau nak buat papepun. Kekurangan kau ni susah nak luangkan lebih masa dengan belajar. Kelebihan kau pula selalu luangkan masa dgn handphone. Aku rasa kalau nak dorong minat belajar pun boleh study dekat internet. Cara ni berkesan sbb sambil kau main twitter, instagram bolehlah jengah kejap dkt google study pasal science ke kan. Secara tak langsung kau dapat 2 manfaat. Belajar sambil bersosial.

2. Susun strategi
Strategi maksud aku kat sini senantiasalah cari tips, cara nak belajar. Selalunya aku akan search tips pasal nak dapat mood belajar dan tips berubah dkt wikihow. Bolehlah google ke situ. Tapi wikihow ni fully english lah. Takpelah, korang google translate kan boleh. Well, arena permodenan ni kan maklumat hanya di hujung jari. Bagi siapa yang ada jadual hidup dan boleh follow semua activities tu bolehlah gubal sikit kasi tambah waktu belajar. Mcm aku ni ada jadual tp tk pernah buat. Janganlah contohi saya budak pemalas ni!!!! Yang penting, jgn malas nak catat tips tu semua. Kalau ada otak geliga, bolehlah hafal tips tu okay kehkehkeh..

3. Berazam dan buat
Senang je nak berazam ni. Tarik nafas dalam dalam dan berazam. Dalam satu hari pun ko boleh berazam nk buat mcm2 kan. Tapi kalau ada azam tapi tk buat tk boleh pakai juga. Manusia ni boleh berubah dalam masa 7 hari sekurang-kurangnya. *ini fakta bkn auta* cuba engkau berazam dan exercise buat benda yg kau tak pernah buat. Contohnya belajar 2 jam sehari. *psst.. Aku pun tk prnh buat* aku percaya bila next day kau dah biasa, dah tk rasa sengsara dah nak belajar 2 jam tu. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

4. Bersabar dan tawakal
Haaa bila dah usaha macam2 tolonglah besabar kalau tk dpt juga keputusan yg diidamkan. Gagal sekali bukan bermakna selamanya gagal. Tawakal tu penting. Kuatkan iman. Kalau boleh sebelum exam tu buatlah solat hajat. Mana tau permintaan kita Allah makbulkan sbb tuhan suka orang yg berusaha dan beriman kepadaNya. Kita kena bersabar dgn istiqamah kalau buat sesuatu. Kalau dah usaha segalanya, serahkan semua pada yang esa.

5. Menerima dengan rela hati dan usaha lagi
Kita boleh guna konsep DUIT. Yelah sape je tak suka dengan duit kan. Boleh shopping memacam nak ikutkan. Ehhhh.... Maksud duit kat sini Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakal.
Kalau keputusan elok, bersyukurlah. Tapi kalau tidak. Tabahkan hati dan keep it up. Lagi satu, jgn letakkan harapan yg sgt tinggi aka overhoping. Jika anda dah usaha untuk tingkatkan gred dari C ke B, cukuplah. Kalau nk terus target A pastu tk dapat memanglah frust. Sikit-sikit, lama- lama jadi bukit. Lepas dah dapat, target lebih sikit. InsyaAllah boleh.


Lastly, jangan samakan diri kita dgn orang lain. Jangan nampak dia dapat 90%, kita ni pun yg C terkedek-kedek nak gi kejar 90 tu. Sbb tulah tercetusnya perasaan tekanan dan frust menonggeng. Cukuplah sekadar dapat keputusan yg lebih baik setelah usaha daripada tak dpt langsung. Apa-apa pun all the best to PT3's candidates. Good luck students. Enjoy your life. Sekian daripada saya dak form2 yg lepas beberapa minggu baru dapat buat entri. Bae-bae =bye bye :) have a great day bloggers

Credit entry : Farah Adibah

Edit by : Firzanah Azhar

Saturday, August 23, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum !



* dalam angan-angan dulu *

Tajuk  pada entri pun sudah tahu bertapa iPhone 5s menjadi impian gajet bagi setiap blogger. Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini dengan nilai hadiah yang lumayan. Niat di hati mahu mencabar diri dalam penulisan agar dapat diasah dengan lebih baik sekaligus mendapat hadiah iPhone 5s yang menjadi gajet impian setiap blogger.

DI SINI SEGALA-GALANYA BERMULA ...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dunia kini sudah menjejak zaman kemodenan pada abad 2000. Pelbagai pembaharuan yang dilakukan seiring dengan peredaran masa. Impaknya, manusia kini mudah melakukan kerja dan juga berinteraksi dengan adanya teknologi seperti komputer mahupun telefon pintar.

Namun, terdapat beberapa kelemahan menggunakan sebarang telefon canggih. Jenama telah bersaing untuk mendapatkan mata di hati pembeli. Walaupun begitu, jenama Apple telah menarik pecinta iPhone kerana faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Antara kelebihan iPhone 5s ialah reka bentuknya yang menawan. Kita sebagai manusia, lumrah mempunyai nafsu kepada benda yang cantik. Faktor reka bentuk yang cantik mendorong pembeli untuk membelinya. Tambah pula, iPhone 5s mempunyai reka bentuk yang lasak. Hal ini disebabkan jenama Apple telah mempertingkatkan kualiti bahan untuk memastikan iPhone 5s memiliki ketahanan yang kukuh terhadap hentakan. Mereka juga melalui beberapa ujian bagi mengesahkan bahawa iPhone 5s jauh lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak bebanding dengan telefon pintar lain.

Reka bentuk yang menawan dan tahan lasak


Selain itu, paparan skrin yang lebih besar dan terang memudahkan pengguna untuk menggunakan iPhone 5s dengan pantas dan cepat. Memandangkan skrin 4 inci yang baharu membolehkan kita melihat banyak maklumat sekaligus, paparan skrin kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4s.

Paparan skrin yang besar dan terang


Seterusnya, saiznya yang nipis dan mudah dibawa ke mana jua merupakan faktor pengguna ingin memiliki iPhone 5s. Tidak seperti jenama lain, mereka mempunyai kelemahan seperti saiznya yang agak besar dan berat menyukarkan pengguna membawanya. iPhone 5s adalah pilihan yang terbaik kepada semua pihak memandangkan citarasa pengguna di Malaysia adalah tinggi.




Saiz yang nipis dan mudah dibawa ke mana jua


Di samping itu, dengan adanya sokongan platorm 4G LTE, kelajuan rangkaian internet akan lebih laju dan pantas. Kita dapat memuat turun e-mel mahupun melayari aplikasi hampir serta-merta. iPhone 5s juga mempunyai ciri 'Simpan' untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

Bateri iPhone 5s juga mampu bertahan sehingga 225 jam bersamaan 3 jam 45 minit berbanding iPhone 4s yang hanya bertahan 200 jam sahaja. Kini, pengguna akan senang menggunakan iPhone 5s pada masa yang tiada had oleh kerana ketahanan bateri yang berpanjangan.



Selain daripada bateri, iPhone 5s telah memperkenalkan kamera yang jauh lebih canggih di mana, kamera di bahagian belakang berkemampuan 8 megapixel yang dilengkapi dengan mode panaroma. Pastinya, pengguna gembira mengambil gambar candid yang manis dalam hidup mereka, begitu juga dengan saya.

Memperkenalkan kamera yang jauh lebih canggih


Kesimpulannya, pelbagai kelebihan yang boleh kita terajui hanya di hujung jari dengan memiliki iPhone 5s. Kita sewajarnya bijak menggunakan teknologi canggih agar memperoleh keuntungan pada masa akan datang. Bak kata pepatah ' Sesal sekarang itu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'. Mari lah sama-sama memanfaatkan teknologi sebegini bagi melahirkan generasi yang celik IT.

Senarai Penaja


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.


Senarai Penaja Baru * update 15/9/2014

Penaja Utama

Penaja Individu











Monday, April 14, 2014

IDIOM'S

Hey guys. today as unsually.. I write this entry in english. This is not the first time I wrote. Anyway, let's learning more bou't english. The topic is... What is " IDIOM " ?

Okay. I'm just copy and share this to you all's. Hope this knowledge is benefit and worth to you :)

  1. The suffering Adam went through in life was actually a blessing in disguise,for it has taught him to be prudent and thrifty with his finances. 
  2. Many obese Malaysians are actually couch potatoes.They just like to sit and eat on a couch all day long watching movies without moving an inch.
  3. Students who like to drag their feet will not be able to finish their school project on time.
  4. Students need to widen their horizons in order to face the challenges of globalisation.
  5. People who like to be mules for drug traffickers must learn to face the music if caught by the authorities.
  6. Sam has a gut feeling that something bad is going to happen today.
  7. Parents need to have a heart to heart talk with their teenage children often.This will help them to  understand the emotional turmoil their teenage children are going through better.
  8. Reading helps a person to be knowledgeable about his surroundings and not be in the dark.
  9. Parents need to keep an eye on their children's after school activities.
  10. We packed our things and headed to the remote village in Manjala. The journey was quite challenging and dangerous but we managed to steer clear of danger and reached the village safe and sound.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

  1. My father and mother are always at loggerheads, they never once agreed on anything, always pointing fingers at one another over silly matters.
  2. Sandy was on cloud nine as she got through her SPM examination with flying colours.
  3. After waiting for six long years, Pat and Mandy finally tied the knot. Their parents gave them an out of this world wedding reception as a wedding gift.
  4. Henry is quite wrapped up with his construction work. He just can't afford to take a break or put up his feet even for a second.
  5. Miranda has put on weight after giving birth to her baby girl. She plans to work out more to shed the extra pounds.
  6. Starting from 2013, every student must pass their History paper. Students are worried that they might not be able to sail through it because History is all Greek to them. 
  7. The old house opposite my house has a ghostly presence, it gives me goose bumps just looking at it.
  8. The bank was robbed in broad daylight.The police are not leaving any stones unturned,they are working out a game plan to catch the mastermind.
  9. People around the world must have an attitude of give and take in order to enjoy continuous peace.Insensitive words or religious undertones will only create ripples which can turn into a vicious cycle of unnecessary violence.
  10. The two opposing political parties are hoping for a landslide victory this coming election. Working committes from both parties have rolled up their sleeves for some serious campaining.
Woah! to understand all the sentences one by one is difficult isn't it? so, I throught, I have to understand before spm . and I should use this in my essay oftenly to get add mark. ahahaha. till then, wish me luck for spm yeah:) 

Let's follow ENGLISH to know more bout english!