Showing posts with label Blog aku masuk Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Blog aku masuk Berita Harian. Show all posts

Saturday, April 18, 2015

Blog aku masuk Berita Harian

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Tahniah do blog. Kau akhirnya masuk newspaper. jangan lupa aku pula sebagai penulis blog hang ni ha. dedikasi ni khas untuk blog aku :) . tanpa opportunity ni mungkin tak wujud status blogger dalam diri.

First of all, aku tak expect pun blogger cikai macam aku ni dapat masuk paper. muka takde ah gempak mana. tapi, ini semua aku terima sebab sesekali nak kasi appreciation pada blog. Makanya, aku pun tumpang gembira dengan pencapaian blog ni. bolehlah selalu update ya. kah! still on weekend je aku dapat buka. PT3 jangan lupa. Markah exam pun kena sentiasa kebabom. maaf cikgu kalau saya masih belum bagus lagi jadi anak murid sejati cikgu T_T I'll try my best to keep on A je. maintain tu kena always.

Kepada ibu bapa tercinta, terima kasih kerana beri dorongan dan semangat padu kepada anakmu yang sangat manja. Dulu, aku blogging senyap2. asal buka laptop je mula ah kemain laju menaip. mak aku selalu juga perhati. bila dia tau aku ada blog, ha apa lagi pecah rahsia. mak aku pun at first pelik aku selalu  dapat parcel untuk hadiah giveaway yang aku dapat. so, tiap kali ada hadiah best-best, aku share ah dengan family. lagi2 makanan. ayah aku biasanya yang ambil parcel pastu tanya  " berapa banyak pakwe kasi hadiah ni " HAHA ini tak lawak. 

Thank you juga kawan classmates aku yg war-warkan berita ni ! Akhirnya pecah juga temberang yg aku dah sebaik mungkin sembunyikan ni. HAHA. Entah siapa yg heboh masih tidak dapat dikenalpasti. haa aku pula yg taktau nak tunjuk muka dan tunjuk reaction apa bila datang sekolah nanti. aduii nasib baik ada sehari lagi cuti. dan paling penting, harap takde siapa cam aku ( untuk budak junior mahupun senior ) cukup ah classmates aku je yang tahu. Yelah orang yang dah kenal kita jumpa face to face lagi kau. mana nak letak muka? dan harapnya juga tiada cikgu aku yang tahu akan perkara ini. kalau tau habislah perasaan riak meriak aku ni. ish ish mintak dijauhkan.

Blogger yang setia berdamping dengan aku. thank you sangat kerana korang ah yang menceriakan blog aku dengan comments yang ceria, dan shout kat chatbox aku. hee tak lupa juga blogger yang menjadi inspiration aku seperti Namee Roslan, Fatin Liyana, Irene Nadia dan lain-lain lagi ( check kat bloglist untuk tahu semua ). walaupun blog famous tak baca pun blog aku ni huk huk, but still cerita diaorg sangatlah memberi inspiration kepada aku. apapun semua yang pernah singgah dan comment, mekasih sangat !!

Dan kamu ! Ya, kamu yang baca blog ni. thanks sebab tingkatkan traffic blog ni. tanpa kamu, blog kosong. minda aku pun boleh jadi blank. 

Appreciation kepada semua yang memberi semangat kepada aku untuk tulis blog. kalau takde dorongan ni, aku takkan ada pun dalam dunia blog. Ha Nuffnagers ! klik2 juga nuffnang aku ya. kahkah sempat je promote . kepada miss. wartawan iaitu akak azma, thanks sudi layan kerenah saya yang menjawab soalan acah acah retis. Aku buat penghargaan ni sebab aku hargai semua orang yang mendorong aku sampai ke tahap awan. okay, awan je dulu buat masa ni. lawa apa, warna biru :) heeeeeeee


TERIMA KASIH SEMUA !



PS : haritu lupa nak beli newspaper. tak baca full pun lagi. huaaaahhh siapa ada berita harian hari Rabu minggu ni? boleh ambil full tak T_T