Saturday, August 23, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum !



* dalam angan-angan dulu *

Tajuk  pada entri pun sudah tahu bertapa iPhone 5s menjadi impian gajet bagi setiap blogger. Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini dengan nilai hadiah yang lumayan. Niat di hati mahu mencabar diri dalam penulisan agar dapat diasah dengan lebih baik sekaligus mendapat hadiah iPhone 5s yang menjadi gajet impian setiap blogger.

DI SINI SEGALA-GALANYA BERMULA ...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dunia kini sudah menjejak zaman kemodenan pada abad 2000. Pelbagai pembaharuan yang dilakukan seiring dengan peredaran masa. Impaknya, manusia kini mudah melakukan kerja dan juga berinteraksi dengan adanya teknologi seperti komputer mahupun telefon pintar.

Namun, terdapat beberapa kelemahan menggunakan sebarang telefon canggih. Jenama telah bersaing untuk mendapatkan mata di hati pembeli. Walaupun begitu, jenama Apple telah menarik pecinta iPhone kerana faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Antara kelebihan iPhone 5s ialah reka bentuknya yang menawan. Kita sebagai manusia, lumrah mempunyai nafsu kepada benda yang cantik. Faktor reka bentuk yang cantik mendorong pembeli untuk membelinya. Tambah pula, iPhone 5s mempunyai reka bentuk yang lasak. Hal ini disebabkan jenama Apple telah mempertingkatkan kualiti bahan untuk memastikan iPhone 5s memiliki ketahanan yang kukuh terhadap hentakan. Mereka juga melalui beberapa ujian bagi mengesahkan bahawa iPhone 5s jauh lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak bebanding dengan telefon pintar lain.

Reka bentuk yang menawan dan tahan lasak


Selain itu, paparan skrin yang lebih besar dan terang memudahkan pengguna untuk menggunakan iPhone 5s dengan pantas dan cepat. Memandangkan skrin 4 inci yang baharu membolehkan kita melihat banyak maklumat sekaligus, paparan skrin kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4s.

Paparan skrin yang besar dan terang


Seterusnya, saiznya yang nipis dan mudah dibawa ke mana jua merupakan faktor pengguna ingin memiliki iPhone 5s. Tidak seperti jenama lain, mereka mempunyai kelemahan seperti saiznya yang agak besar dan berat menyukarkan pengguna membawanya. iPhone 5s adalah pilihan yang terbaik kepada semua pihak memandangkan citarasa pengguna di Malaysia adalah tinggi.




Saiz yang nipis dan mudah dibawa ke mana jua


Di samping itu, dengan adanya sokongan platorm 4G LTE, kelajuan rangkaian internet akan lebih laju dan pantas. Kita dapat memuat turun e-mel mahupun melayari aplikasi hampir serta-merta. iPhone 5s juga mempunyai ciri 'Simpan' untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

Bateri iPhone 5s juga mampu bertahan sehingga 225 jam bersamaan 3 jam 45 minit berbanding iPhone 4s yang hanya bertahan 200 jam sahaja. Kini, pengguna akan senang menggunakan iPhone 5s pada masa yang tiada had oleh kerana ketahanan bateri yang berpanjangan.



Selain daripada bateri, iPhone 5s telah memperkenalkan kamera yang jauh lebih canggih di mana, kamera di bahagian belakang berkemampuan 8 megapixel yang dilengkapi dengan mode panaroma. Pastinya, pengguna gembira mengambil gambar candid yang manis dalam hidup mereka, begitu juga dengan saya.

Memperkenalkan kamera yang jauh lebih canggih


Kesimpulannya, pelbagai kelebihan yang boleh kita terajui hanya di hujung jari dengan memiliki iPhone 5s. Kita sewajarnya bijak menggunakan teknologi canggih agar memperoleh keuntungan pada masa akan datang. Bak kata pepatah ' Sesal sekarang itu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'. Mari lah sama-sama memanfaatkan teknologi sebegini bagi melahirkan generasi yang celik IT.

Senarai Penaja


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.


Senarai Penaja Baru * update 15/9/2014

Penaja Utama

Penaja Individu











7 comments:

  1. selamat malam... hehee..jom blogwalking sebelum tidur :)

    ReplyDelete
  2. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    ReplyDelete
  3. Iphone memang pujaan hati ena.. hehe apapun semoga berjaya!

    ReplyDelete
  4. Salam kemerdekaan kali ke-57. Semoga terpilih ke cabaran seterusnya. Insya Allah... Moga ada rezeki untuk anda untuk impian miliki gadget canggih iPhone 5S. Ada masa baca entri yang saya pula.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam kemerdekaan. Artikel menarik ni. Moga dapat ke cabaran seterusnya.

    ReplyDelete
  6. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete

Terima kasih komen!