Friday, August 29, 2014

Review Novel : ASRAMA


Assalamualaikum!

Yeah harini baru free sikit update blog. Baiklah memandangkan selasa lepas aku ada kata nak review novel ASRAMA, so, today i'will review it to uolls.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Asrama [sinopsis]

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Review aku

Dahlia seorang pelajar cemerlang di sekolah terbaik Sabah. Ibubapa dia bangga dengan kejayaan Dahlia. So, ayah dia kasi minta apa-apa saja sebagai hadiah straight A dalam PMR. Dahlia pula, berminat nak pindah sekolah kat asrama biasa je. Mulanya ayah dia tegah, namun, bila abah mentua dia dah masuk campur, terpaksa lah mengalah. Mana tak nya, abah mentua dia garang orangnya. kahkah.

Tahun baru, Dahlia sekarang dah naik form 4. Dia pun berpindah kat sekolah asrama biasa tu. Mula-mula rasa lain macam jugak, tapi sedapkan hati 'sekolah baru' sebagai permulaan bagi dia membiasakan diri di tempat itu. Akhirnya, dia jumpa dengan rakan sebilik. Nama dorang Lena, May dan Farah. Semua peramah dan baik.

Bila masuk asrama baru, macam-macam cerita lah tentang 'latar belakang' asrama ni termasuklah pelajar di situ. Mulanya Dahlia dengar cerita kawan dia macam nonsense je. Dia kene hati-hati dengan geng QUEEN and  PRINCESS. Jangan cari pasal sebab kita ni SLAVE tak ada kuasa. Tapi, Dahlia bukannya lemah sampai kena buli macam tu sekali. 

Nak dijadikan cerita, satu hari Dahlia terlanggar salah seorang ahli kumpulan QUEEN. Tapi, dorang okay je macam biasa sebab dia tahu Dahlia tu budak baru. Namun, geng QUEEN ada muslihat tersendiri. Mereka taknak lepaskan Dahlia macam tu je. " Jangan sampai budak baru pijak kepala kita guys. Panggil dia suruh datang tengah malam nanti kat belakang bangunan " -Sarah


Tanpa Dahlia duga. Malam tu geng QUEEN telah membawa dirinya ke semak belakang asrama dan mengupah orang suruhan untuk merogol dirinya. Kalau lah dia dengar nasihat kawan-kawan nya...pasti dia tak akan ikut geng QUEEN. Menyesal, benci, dendam dah semarak dalam hati, lebih-lebih lagi dia kena simbah air longgang oleh QUEEN yang berperangai setan tu. So, tanpa fikir panjang, dia ambil keputusan main ' Spirit of the coin ' bersama rakan sebilik dia  untuk meminta bantuan dari alam lain bagi mengusir geng QUEEN keluar dari asrama. Semenjak tu ada je tak kena dalam asrama.

JASAD-JASAD TU SUDAH TERLEPAS .....

Nak tahu akhirnya? baca novel tu sendiri okay! serious tak expect lastly Dahlia jadi macam tu ...
Sedih pun ada ni :'( 

Baca juga tau! Berbaloi kot!!

------------------------------------------------------------------------------------------

Nantikan Next review novel : KACAU


Cerita ni lagi gempak! Sampai terbayang-bayang lagi even dah habis baca novel tu. Serammm..




4 comments:

  1. Check my blog too :) deadfigments.tumblr.com - Shofni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuu gempak ko punya tumblr shofni. Now, i get jealous on you xD

      Delete

Terima kasih komen!