Hello bloggers! Assalamualaikum
Wahhhhhh mmg dh lama gila ah kan tk update blog. Bukan apa, kekangan masa mendorong hamba berbuat sedemikian hehehe cehhwahh.. Harini pun selepas kemas rumah barulah ada mood nk tulis entri. Harini pun dpt cuti free sbb pelajar form3 ada exam PT3 kan.. *Ya Allah, tahun depan turn aku pula.. Adehhh*Mana tknya, last year exam selama 2 minggu menghalang aku nk memanjakan diri dgn belog walaupun sekejap. Haisehhhhh takpe2.. Ku kuatkan jiwa dan raga ni menerima suratan takdir. *wah dramatik sehh*
SERIOUSLY, I'M FED UP FACING ALL THE BOOKS. Every morning, after waking up, quickly I grab the book then learn while remember. It's mostly bored ughhh em nevermind... Andddddd... Finally now, it's end up. Omg I'm so happy alhamdulillah..
credit to google
Tunggu punya tunggu jeng jeng.... Results keluar.. Lek luuuu baru dpt 4 paper mcm B.Arab, Geografi, Mathematic dan Sejarah. Alhamdulillah not bad. I'm so grategul. *The other result's news, I'll be post in next entry guyss so, STAY TUNE!!!! In Shaa Allah* My hard efforts I did before this give me something brilliant. Wowwwwzz..
Papepun, Hm aku masih risau nk tunggu 5 result subjek lain ni dapat. Aku tk letak harapan tinggi pun sbb takutnya frust menonggeng kalau tk dpt keputusan yg diidamkan. Pada hakikatnya, ini perkara biasa yg dialami setiap pelajar. Yes I should ask you" Who don't want flying colors results? Nobody, right?" Yep...
Setelah penat lelah belajar selama setahun dan struggle 2 minggu, ya haruslah setiap pelahar nak keputusan yg membanggakan ibu bapa dan guru serta tk menghampakan perasaan diorang kan? Kadangkala, bila tak dapat score A mestilah stress. Lagi2, bila tengok kawan lain semua bersorak kegembiraan meraikan keputusan terbaik mereka. Ini juga yg dilalui oleh aku bila tk dapat keputusan sebaik mereka.
Ok tapi...
Sampai bila nak terus mengenangkan keputusan cenggitu kan. So MOVE ON !! Kalau menangis air mata darah pun, bkn keputusan tu boleh bertukar pun kan *kengkonon melakonkan watak cerita dongeng* SAMA SEKALI TIDAK !! Kekadang terdetik dalam hati "Eyyy apasal lah aku tk boleh dapat keputusan sebaik dia, padahal aku belajar dgn usaha lg gigih daripada si Peah tu"" Aku tengok dalam kelas, Peah tu bkn fokus pun. Selalu je main, bercakap, buat bising. Tak pernah pun study" psstt.. Jangan sesekali ikut cara orang lain.
Contoh:
-Si Peah lari sejauh 200m dalam masa 10 minit. Dia kat rumah selalu berlatih untuk tingkatkan stamina. Peah juga pergi taman setiap hari semata nak lari satu taman.
-Si Jemah lari sejauh 200m dgn mencatat masa 25 minit. Tak pernah seminit pun si jemah ni cari strategi nak lari laju. Sentiasa mencari strategi. Sampai masa pertandingan pun tk pernah lupa strategi.
Konklusi :
Apa kelebihan Peah ni boleh kalahkan Jemah? Perasan tak, Peah ni jenis yg kuat berusaha dan berlatih. Manakala Jemah ni pula gigih cari strategi tapi tk pernah nak cuba berlari satu padang ke. Selalu dgn strateginya. Fikirkan...
Tuntasnya, usaha yang lebih akan mendatangkan hasil yg lebih. Tapi, bkn senang kan nak move on. Setakat engkau berazam nak jdi top3 students itu ini, cari tips macam2 tapi tk kerja lebih tk gunalah kan. Nak berjaya, hati kena kental. Aku pun bkn jenis yg cepat catch up apa yg cikgu ajar. Blurr juga lagi2 waktu math hehehe.. Yg penting usaha. Aku pun pernah jatuh masa dulu. Ya Allah, nak bangun kemain susah. Bukan nak berlagak, tapi siapa aku hari ni, aku pernah je dpt results D dulu. Pengorbanan guru lah yg mencerminkan siapa aku kini. Cehh
Cerita panjang lebar tapi aku tak bagi tips macam mana nak move on dan berjaya pun tk guna. Ada orang dah move on pun tp tk pernah berjaya. Maknanya apa? Allah sedang uji kesabaran kau berusaha untuk capai keinginan tu. Mungkin Allah tk bagi kejayaan tu sekarang, tp mungkin bila time kau dah dewasa, kau ada rumah besar, kereta mahal jenama Honda haa nikmat kan. Kejayaan kau tu sebenarnya hasil daripada usaha keras yg kau buat dulu. No one knows that. Allah akan bantu hambanya kalau dia ingat padaNya dan sentiasa berusaha.
1. Buat refleksi
Refleksi ni apa? Refleksi ialah satu tindakan untuk kesan kelemahan dan kelebihan diri. Refleksi ni amatlah penting sebelum kau nak buat papepun. Kekurangan kau ni susah nak luangkan lebih masa dengan belajar. Kelebihan kau pula selalu luangkan masa dgn handphone. Aku rasa kalau nak dorong minat belajar pun boleh study dekat internet. Cara ni berkesan sbb sambil kau main twitter, instagram bolehlah jengah kejap dkt google study pasal science ke kan. Secara tak langsung kau dapat 2 manfaat. Belajar sambil bersosial.
2. Susun strategi
Strategi maksud aku kat sini senantiasalah cari tips, cara nak belajar. Selalunya aku akan search tips pasal nak dapat mood belajar dan tips berubah dkt wikihow. Bolehlah google ke situ. Tapi wikihow ni fully english lah. Takpelah, korang google translate kan boleh. Well, arena permodenan ni kan maklumat hanya di hujung jari. Bagi siapa yang ada jadual hidup dan boleh follow semua activities tu bolehlah gubal sikit kasi tambah waktu belajar. Mcm aku ni ada jadual tp tk pernah buat. Janganlah contohi saya budak pemalas ni!!!! Yang penting, jgn malas nak catat tips tu semua. Kalau ada otak geliga, bolehlah hafal tips tu okay kehkehkeh..
3. Berazam dan buat
Senang je nak berazam ni. Tarik nafas dalam dalam dan berazam. Dalam satu hari pun ko boleh berazam nk buat mcm2 kan. Tapi kalau ada azam tapi tk buat tk boleh pakai juga. Manusia ni boleh berubah dalam masa 7 hari sekurang-kurangnya. *ini fakta bkn auta* cuba engkau berazam dan exercise buat benda yg kau tak pernah buat. Contohnya belajar 2 jam sehari. *psst.. Aku pun tk prnh buat* aku percaya bila next day kau dah biasa, dah tk rasa sengsara dah nak belajar 2 jam tu. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
4. Bersabar dan tawakal
Haaa bila dah usaha macam2 tolonglah besabar kalau tk dpt juga keputusan yg diidamkan. Gagal sekali bukan bermakna selamanya gagal. Tawakal tu penting. Kuatkan iman. Kalau boleh sebelum exam tu buatlah solat hajat. Mana tau permintaan kita Allah makbulkan sbb tuhan suka orang yg berusaha dan beriman kepadaNya. Kita kena bersabar dgn istiqamah kalau buat sesuatu. Kalau dah usaha segalanya, serahkan semua pada yang esa.
5. Menerima dengan rela hati dan usaha lagi
Kita boleh guna konsep DUIT. Yelah sape je tak suka dengan duit kan. Boleh shopping memacam nak ikutkan. Ehhhh.... Maksud duit kat sini Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakal.
Kalau keputusan elok, bersyukurlah. Tapi kalau tidak. Tabahkan hati dan keep it up. Lagi satu, jgn letakkan harapan yg sgt tinggi aka overhoping. Jika anda dah usaha untuk tingkatkan gred dari C ke B, cukuplah. Kalau nk terus target A pastu tk dapat memanglah frust. Sikit-sikit, lama- lama jadi bukit. Lepas dah dapat, target lebih sikit. InsyaAllah boleh.
Lastly, jangan samakan diri kita dgn orang lain. Jangan nampak dia dapat 90%, kita ni pun yg C terkedek-kedek nak gi kejar 90 tu. Sbb tulah tercetusnya perasaan tekanan dan frust menonggeng. Cukuplah sekadar dapat keputusan yg lebih baik setelah usaha daripada tak dpt langsung. Apa-apa pun all the best to PT3's candidates. Good luck students. Enjoy your life. Sekian daripada saya dak form2 yg lepas beberapa minggu baru dapat buat entri. Bae-bae =bye bye :) have a great day bloggers