Assalamualaikum ^^! hai semua
Ni nak habaq kat korang. Aku sebenarnya suka bakar kek atau buat desert lah. itu salah satunya bakat terpendam yang aku ada. yeay! makin semangat rasanya bila dapat tau bakat yang terpendam dalam diri ni. Lagi-lagi bila keluarga sokong kita kan :)
So aku nak share lah, kepada sesiapa yang minat memasak macam aku ni kan. Korang semua boleh gilap bakat masing-masing dengan join kelas-kelas yang dibuat. Ha..tapi! Mesti korang fikir mahal kan yuran untuk satu sesi. Aku dulu pun pernah beli kek kat satu kedai ni, lepas tu nampak iklan yang diaorg buat kelas utk belajar kek secara individu je. And you guess what? Yuran dia RM150 utk satu sesi je. Mana nak cari duit poket? Larat ke..
Both are credit to google --
Tapi, makcik aku bagitau dekat Kolej Komuniti Klang ada buat kelas kek dengan yuran yang hanya RM30. Kira berpatutan lagi lah.. Dan, minggu lepas aku dah join pun kelasnya, serius best!! Jom tengok aktiviti di sana :)
CUPCAKE HOKAIDO
Yeay dah siap mix! eh kita gaul-gaul dulu, baru kek jadi kembang..
Kita tuang adunan dalam cup!
Tunggu masak untuk bakar
....
So this is the result ! gebuuu !!
( aipp ada tangan yang serbu dulu..haha )
Kita topping cupcake tu. ( muka aku serius bak ang! )
Done !
Comparing ~!
Best teamwork ever !
Best tak ? jelesss :p ? hahaha korang kalau tinggal berdekatan shah alam ni dekat je nak pi sana. Meh lah join boleh kita sama-sama kenal dan belajar benda baru.
Oh untuk resipi CUPCAKE HOKAIDO, aku akan update pada entry akan datang. Ni rasanya panjang berjeler kalau letak lagi ni !
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Kolej Komuniti Klang, boleh ke
Alamat : No 2680 Persiaran Tengku Ampuan Rahimah
41200 Port Klang
Hubungi : 03-3373 2030
Page Facebook : Kolej Komuniti Klang
Website : http://www.kkkla.edu.my
Ahad ni pegi lagi ! Kolej Komuniti Klang dah habaq awal-awal ada kelas untuk coffee congo bar! first time dengar weyy
Sekian saja daripada aku. ada masa aku habaq lagi ya! :)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih komen!