Friday, January 16, 2015

First day sekolah

Assalamualaikum,

Ya aku tahu dah lama aku tak taip. start sekolah benda biasa lah keluarkan buku dan buat latihan. Then 'Mak aihh, sebulan cuti tulisan dah macam cakar ayam ?!' cikgu - - in my imagination je le. so far seteruk tulisan budak kelas 3A tak pernah lagi lah kena tegur dengan cikgu. muahahah segan mungkin. nanti macam - macam alasan keluar. salah satu jawapan bernas aku

" Cikgu, saya menulis dengan menaip. ha taip depan laptop sebab nak update blog. " --pangg karang

" Alah cikgu, pakai phone kira menulis la kan? tiap-tiap hari tulis, rajinkan cikgu " --online kau memanjang!

" aaaaaa. tulisan saya memang ceni ah cikgu sejak darjah 1 lagi. " --pengsannnn

INI SEMUA ALASAN !

Okay, nak cerita dari beginer sampai seminggu sekolah! dulu masa form 1 & 2 boleh lah lek lek lagi. tapi sekarang hmph, rasanya takkan sempat update blog even waktu cuti pun ( sabtu & ahad ) bila dah ada kelas tambahan start dari bulan march. *tarik nafas panjangggg*

Haa fuhh legaa. semalam hari Jumaat tu en aku ada kelas sampai pukul 3.45 petang. pukul 4.30 baru sampai rumah (makan kat kantin punya pasal lah bhahah) Ya, I'm so exhausted. balik tu nak tidur rasa macam tak berbaloi. lagipun dah asar kan. nanti kalau tidur awal, malamnya aku akan jadi burung hantu, takleh nak lelap mata sebab dah cas energy petang tu. huahuaaa.


Dan hampir 100% masa tidur aku berubah. dulu cuti kemain takleh tidur pastu still nak hadap tv pukul 12 malam. sekarang bangun 6.00 pagi - 4 petang kat sekolah. malam pulak lepas buat homework terus tidur! Penat le jugak. rasa macam nak tinggal asrama. sebab takyah lah nak ulang balik dari rumah -> sekolah. waktu prep sana boleh discuss dengan kawan. means buat study group bersama. aww bestnya.

Kat sekolah, nak dikatakan tak cukup makanan, terlebih cukup tau. tu lah masa je suntuk. sebab aku ni pengawas. lepas pelajar rehat baru kita rehat. means diaorg dah masuk kelas, pengawas lambat 10 mins baru masuk. nampak rugi disitu. so, jalan penyelesaian aku adalah dengan membawa bekal atau suruh kawan belikan makanan then tepat habis jaga blok, terus masuk kelas kunyah 2-3 kali roti (selalunya le). kalau tak sempat, alamatnya habis kelas barulah dapat makan. haih sampai mcm tu sekali weh cari waktu makan. aku tak suka masuk kelas lambat. nanti ilmu yg cikgu bagi tu lost mcm tu je. yelah nak buat macam mana. hm sabarlah demi mencari ilmu..

Then you know? There are 3 new students in my class. ugh now the number of students are 42!! bukan nak anti budak baru ke apa. cuma, kelas tu dah jadi terlalu crowded. nak jalan sana-sini memang taklah. aku nak belajar, kalau cikgu tak masuk dalam kelas, aku nak ambil masa terluang tu dengan buat revision atau baca buku. mostly, kengkawan aku selalu borak dalam kelas. so, aku akan cuba ubah perangai form 1 & 2. lantaklah diaorg, usaha masing-masing kan. hm, aku sedar diri ni takdelah pandai mana. tapi aku cuba, nak tingkatkan prestasi!

Look forward. never look back the pass result. cehh

Dah lah. penat membebel. hoho homework hujung sana tak sentuh lagi. Paling malas nak lukis organ untuk sains. huaa mindset le. think positive. adios :)

All pictures are taken from google for sure. I don't have much time to edit whatsoever :p




12 comments:

  1. dulu masa sekolah saya dok belakang, so bila cikgu mengajaq, saya makan senyap2 kat belakang haha. selalu kantoi dgn cikgu tapi cikgu selalu biar ja :)

    bukan taksempat makan tapi sebab lapaq sangat hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh samalah kita. hehe, waktu form 1 & 2 makan kat belakang berjemaah. mcm buat picnic pun ada jugak :3 sekarang jangan haraplah T_T

      Delete
  2. bace cerita firzanah, akak teringat zaman sekolah dulu2... selamat bersekolah semula yer :D goodluck :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..akak untunglah belajar oversea, kite teringin jugak nak ikut jejak akak tau T_T harap-haraplah

      Delete
  3. hm all the best tau! form 3 kan? risau nnt habis sekolah mesti rindu perangai nakal kita kat sekolah ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. yup, form 3 huahuaaah. hm semestinya akan rindu sek lama even though sekolah rendah pun dah rindu habis T_T

      Delete
  4. wahhh pengawas . bagus2 , teruskan usaha . inshaAllah :)

    ReplyDelete
  5. Salam kenal... masa sekolah adalah masa yg enjoy dan seronok... seronok kalau kita terkenal dan berjaya... tak seronok kalau sebaliknya... usahakan lah buat kejayaan... apa pun juga sekurang2 nya satu kejayaan... kita akan seronok bersekolah

    ReplyDelete

Terima kasih komen!