Friday, January 2, 2015

Modal blogging

Assalamualaikum. heh modal lah sangat. bhahaha maksud dia disini dalam kesempatan aku blogging mestilah nak ambil peluang yang diberi special buat para blogger. ha senang cerita dapat earn money lah. ehh, siapa tak suka kan, pejam celik je nak buat. cuma rajin atau tak je. tepuk dada tanya hati, selera ke dok. Entry ini aku nak cerita dengan terperinci dari mana 'modal' tu datang. mihmih eventho baru je start..takpe lah kan nak share?

1. Churp churp
Siapa yang dah lama dalam dunia blogging ni arif bab-bab advertiment ni kan. Alah, mostly kita dapat earning daripada ads lah. betul tak? haa aku start buat churp churp ni dalam bulan 9. hahaha still baru la kiranya ni. so, kalau ada apa-apa tips nak tambah earning, boleh lah share ^^, aku ni pun takdelah banyak mana dapat, tapi usaha jugaklah biar angka tu beranak. Alhamdullilah, aku pun dapat habuan sekali nanti. Siapa first time dengar tu teringin nak cuba tambah pendapatan, boleh ke link http://my.churpchurp.com/

2. 8Share
8share pulak baru bulan 11 buat. lagii awal tau hahaha. sama jugak macam churp-churp. orang click, kita dapat earning. RM0.20 biasanya dapat. sama jugak earning macam churp-churp. bergantung. Yep, yang bestnya bila kita kumpul dah sampai RM10 terus boleh cashout. pergh, kalau terdesak tu boleh je ambil. Nak tunggu sampai mencecah RM50 larat ke weyy. lain lah blog aku cukup femes untuk dapat jumlah sebegitu rupa. ehh, mestilah tengok rupa kak. bhahaha. dah merepek je aku ni. so here link http://8share.com/
Jemput singgah, tambah pendapatan lagi meh!

3. Nuffnang
Agak-agak sejak bila register nuffnang ni? lagi awal ke lambat? AWAL achum Ashaari. baq ang. sebenarnya lagi lewat adalah. baru 31/12/2014 nuffnang bertapak di blog aku. kasihan..patut blogger lain dah mula awal aku baru terhegeh-hegeh, heh. tak mengapa, aku dah lega jugak dapat register nuffnang ni dengan susah payahnya. dari awal blogging lagi aku tertarik nak join nuffnang sebab pernah bacalah entry mereka tentang nuffnang. tapi sebab masalah benda tah masa tu, tak dapat nak register. so feel down ah waktu tu. stop fikir pasal nuffnang, aku pun blogging la macam biasa. sampai lah aku terbaca entry someone yang femes, bila tunjuk cashout dia boleh berpinar mata..wow gempak gila sis ni! duu start dari tu lah buat nuffnang balik..fuhh finally ok pun register..earning sekarang 0.00 for sure. campaign tak masuk lagi kot..sorry la beb budak junior lagi mana reti. bab nuffnang aku kena belajar lagi macam mana nak earn money. Apa-apa perkembangan aku akan share, ewahh. Link http://www.nuffnang.com.my

4. WhoHAA
WhoHAA paling simple bagi aku. just jawab soalan dari pihak ads pastu earn point. best ah jawab. kena kumpul sampai cukup baru boleh redeem. aku ambil peluang ni nak redeem top up saja..hot gadget tu kemain banyak earn kena..pergh boleh pengsan tengok angka dia sampai mencecah XXX,XXX ! tapi tak apa, pihak WhoHAA ada buat giveaway yang mana kita dapat point dengan mudah! hanya ambil code dari page facebook dan redeem di WhoHAA. bawah ni aku explain lebih terperinci lagi keh. aku dapat tau pun bila check email. ada jugak rakan blogger infrom cuma rajin atau tak je lah nak check dekat page dia. huhu

Email from WhoHAA team. 

Petang tadi aku ada check kejap page dia, WhoHAA. Alamak ketinggalan keretapi lak.. diaorg dah post coupon code..huhu dah penuh so takleh nak redeem T_T. dapat 500 kot sehari. giveaway ni sampai bulan 2 so dapat lah grab 1000 lebih coupon. kalau rajin check lah.

Cara nak ambil coupon

1. Pergi ke page WhoHAA
2. check lastest update (setiap hari diaorg post coupon code, so jangan ketinggalan)
3. Nampak post seperti dibawah, terus copy code tu.

4. Dan akhir sekali, letak code itu coupon redeem

Ok itu saja. simple as ABC! bagi sesiapa yang belum register boleh ke link http://www.whohaa.com/register?referral=66552

Jangan lepaskan peluang ini!


5. Advertorial by myself

Bagi sesiapa yang minat nak aku review produk atau review blog boleh je email aku di [firzanahazhar7@gmail.com]

Ewahh, macam promoter pulak bunyinya. harga servis bergantung pada isi entry yang korang mintak. Nak bayar guna top up pun boleh. muahahah kan aku kata takdelah nak letak harga mahal untuk servis. paling-paling pun RM30. itu pun untuk review produk. kira reasonable lah kan. untuk review blog personal hanya RM5 manakala blog bisness RM10. harga ok-ok gitu. nak runding harga lagi? ask me on email lah. nanti kita bincang mihmih

Psttt..banyaknya website nak kena bukak.. alahai sempat ke nak promote semua.. em setakat ni aku prefer nuffnang dan WhoHAA dulu.. nanti kalau ada ads lain kat churp-churp n 8share aku akan update jugak nanti. but buat masa sekarang ni tak berapa nak earning kat situ. jarang tengok diaorg bagi ads. ahah ke kau yg tak check? apa-apa sajalah. Sebarang tips, jangan segan silu untuk share di komen. Komen korang amat dihargai T_T pembaca blog ni jugak T_T



10 comments:

  1. wow memang torbaikkk ada juga aku tau sikit-sikit ahhaha BA di sini. :)

    ReplyDelete
  2. Baru tahu pasal 8share dengan WhooHaa ni. :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe fir pun baru-baru ni tahu. tu yang register cepat :)

      Delete
  3. nice entry fir! ina sekarang ni memang guna churp2 and nuffnang je but sekarang lebih fokus dengan nuffnang. Nak naikkan duit nuffnang masyaallah punya lah lambat & perlukan kesabaran yg tinggi.. sekarang ni, baru berapa sen sangat T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh thanks ina! oh..sama la fir pun baru naik sikit-sikit huhu kena banyak sabar na T_T

      Delete
  4. wahhhh, baru tau. hahahahaha nice sharing ;) mekasih .

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. waaaa banyak nya side income dia. semoga murah rezeki ye.. kita join dua je, banyak2 nanti pening kepala.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh..side income je banyak. tapi takde lah sempat active semua. terima kasih, moga murah rezeki jugak izzati..oh ok le tu hahaha

      Delete

Terima kasih komen!