Friday, February 13, 2015

Markah peperiksaan pelajar cemerlang terbilang Malaysia


Assalamualaikum.

Firstly, jangan tertipu dengan tajuk entry aku ni ha. pasaipa? aku tahu lah korang mesti pikiaq isi entry ni pasal pelajar-pelajar yang cemerlang markahnya. Takdenyelah nak memperkenalkan mereka semua ni melainkan aku ada sekali antara pelajar cemerlang tu. Pergh hikprokitnya ish ish.

Dah la. bukannya taknak cerita, tapi beribu kot orang yang bijak pandai ni. nak cari 1 sekolah pun entah berapa ratus orang kan (nisbah 100 : 1000). so ceq nak cerita pasal markah hots yang sedang hots jugak dibincang oleh lembaga peperiksaan. 


Jenis Peperiksaan


Jenis peperiksaan Sumatif untuk D4, D5, T1, T2 dan T3 (PBS)


Untuk murid D4, D5, T1 dan T2, jenis peperiksaan yang berkenaan:

Ujian 1 / Sumatif 1
Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
Peperiksaan Akhir Tahun / Sumatif 3.


Untuk murid T3:
Ujian 1 / Sumatif 1
Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
PT3 (masih dalam perbincangan. Gred sahaja).


Julat Gred Sekolah Rendah


Julat Gred SR Untuk Tahun 2015 Untuk D6, julat gred yang lama masih digunakan:
80 - 100 --> A
60 -- 79 --> B
40 -- 59 --> C
20 -- 39 --> D
01 -- 19 --> E
00 --------> TH


Untuk D4 dan D5, berikut ialah julat gred yang baru:
85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH


Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).


Julat Gred Menengah Rendah
Julat Gred Menengah Rendah Untuk Tahun 2015
85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH

Serius 50% D. dulu aku cukup-cukup makan pun lek lagi ahahah! <--serius ke ni perangai aku? ish ish


Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai. F, please avoid T_T


Julat gred MA Untuk Tahun 2015. 
 
Berikut ialah Julat Gred MA yang baru:
90 - 100 --> A+
80 - 89 ---> A
70 - 79 ---> A-
65 - 69 ---> B+
60 - 64 ---> B
55 - 59 ---> C+
50 - 54 ---> C
45 - 49 ---> D
40 - 44 ---> E
01 - 39 ---> G
00 - 00 ---> TH


Subjek Wajib Lulus Untuk Ting.4 dan Ting.5 2015 Murid Ting.4, subjek wajib lulus ialah BM, Sejarah dan BI.
Murid Ting.5, subjek wajib lulus ialah BM dan Sejarah. Target subjek penting pass tu. ehh abang, akak SPM eheh


Sumber: SAPS

Riuh betul ye lembaga peperiksaan bincang markah. sabar je ah, jangan last min tukar sudah le. kesian kami yang nak ambil exam nih T_T

1 comment:

  1. jenuh nak faham pemarkahan sekolah zaman sekrang ni T_T

    ReplyDelete

Terima kasih komen!