Thursday, March 19, 2015

Review novel [Fixi] Awan


Sambungan novel bestseller AJAIB.

Budak ajaib — aku suka panggil Izaq begitu sebab dia ada deria keenam. Dia pernah cakap yang dia bagaikan bintang, aku pula bagaikan awan, Kami bersahabat baik, kawan rapat, BFF - labelkan apa saja tentang bersahabatan kami (asalkan bukan gay couple).

Namun siapa yang sangka, bintang akan berhenti dari bersinar, sedangkan awan terpaksa berarak lalu membelah waktu?

Disebabkan deria specialnya itu, dia terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang matang pada usia yang masih muda. Dia perlu kuat untuk melawan segala yang mengganggunya, lebih-lebih lagi apabila entiti itu kerap hadir mengingatkannya supaya 'jangan percaya'.

Tapi... jangan percaya kepada siapa?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Review aku

Ha ni sambungan cerita Ajaib yang aku review haritu. Cerita sekarang dah berubah, watak pun orang lain pegang. Iaitu Fa'iq watak baru dalam cerita ni. Dia pulak boleh baca fikiran orang. gempak betul. dia dan Izaq jadi kawan baik sejak masuk sek menengah. Firdaus, kawan lama Izaq dah pindah jauh, sedih.

Diaorg berdua ni kira saling lengkap melengkapi ah. masalah remaja pun makin bertambah dan agak teruk. Diaorg selalu bersama di mana saja. Kalini masalah remaja lebih mendalami dengan membaca fikiran orang lain. (watak utama Fa'iq la katakan)

Nak dijadikan cerita, Izaq selalu cerita kat Fa'iq (dalam minda je Fa'iq dah dapat baca) tentang hantu dulu yg datang dalam hidup dia. Tah tetiba ganggu dia. Izaq tak tau apa yang hantu tu nak, tapi dia selalu cakap "Jangan percaya". Pastu kekadang dia pernah nampak wajah Nadirah, tapi dia tahu tu bukan Nadirah. Apasal dia ikut iras Nadirah? serabut betul. rindu pun masih ada.

Satu hari nak pi sek, diaorg terlanggar dengan motor. nasib baik luka sikit je. tapi apa yg buat Fa'iq tertanya-tanya dalam fikiran budak bawa motor tu, macam seram. Dia baca fikiran budak tu "Ada jeritan yg panggil nama Diyana pastu dia nampak gunting tetiba gelap.Dia pun segera siasat latar belakang budak tu.

Entah macam mana dia dengan Izaq boleh terjumpa muka yg seiras Nadirah. mula la part sendu Izaq. dia macam tak percaya, muka orang tu sama macam Nadirah, cuma personaliti dan nama je lain. mereka mula berkenalan secara tak sengaja sebab tengah siasat siapa diyana dan terjumpa dengan Izyan. Daripada perjumpaan tu boleh terbit rasa cinta. er ini agak complicated.

Akhirnya macam mana? Sila la baca eh hehe. Cerita pasal fairy oddparents real memang sedih. baca part tu juga. to be honest, Fa'iq banyak adik angkat. eh haha ada 2 je. sayang betul dia dengan adik angkat dia tu. Dan the reason Izaq nampak hantu dulu pun akan terbongkar if korang baca. Izyan tu emm adalah kena mengena dengan diaorg. Tak lupa juga kisah menyayat hati Fa'iq tentang zaman kecik2 dia.

P.s: aku tak feel sangat watak Fa'iq ni. Izaq lagi best kot sebab dia baik, jujur, setia dan innocent. cewah, kalau dah suka camtu ah xD




3 comments:

  1. I baru baca buku fixi tajuknya suspek..tuh pon belum habis baca lagi.....Awan seem a very nice novel jeeeeee...........bole baca fikiran org?dah macm cerita korea "I hear your voice"hehehhehee.....
    dalam novel fixi "suspek" pon ada watak dia yg boleh baca fikirn org..ala ala sixth sense gittew...salam perkenalan ^6^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh suspek belum baca lagi. minat nak try patung pulak lepas ni, kawan kata seram. haah lebih kurang macam cerita I hear your voice tu. hero dia gempak :3 oh yeke. ok salam kenal juga :)

      Delete
  2. nove (fixi) awan dah baca best sesangat...suke watak fa'iq... suspek blm bace.. gantung,asrama,kacau and pecah dah bace best jugak lahh... sekarang otw nak baca patung and lari.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih komen!