Assalamualaikum, ada peminat novel cinta tak kat sini? aku nak recommend novel ni ha.
Sinopsis novel
Tengku Aqilah seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya. Dia telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.
Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.
Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?
My review
Dari mula lagi cerita dia memang sedih. Tengku Aqilah ni, sejak dilahirkan lagi sudah di benci oleh bapa kandung sendiri. Kerana isteri yang melahirkan Tengku Aqilah sah hidap kanser payudara. Waktu tu dia tengah mengandungkan Tengku Aqilah, so agak bahaya nak operate sebab akan menjejaskan anaknya. Akhirnya, dia sanggup menanggung derita seumur hidup sampai waktu ajalnya.
Bapa dia benci Tengku Aqilah. Sebab dia tak terima takdir yang isterinya mati. Kira, dia salahkan anak tu la. tapi sampai bila nak benci? Sanggup dia tendang Aqilah belajaq luar negara. semata-mata taknak tengok muka dia yang ikut iras arwah isterinya. bagi aku elok juga ah tu, Aqilah pergi sementara waktu. eh?
Tapi sampai bila dia nak sembunyi. Dia harus juga tempuhi semua ni, kerana wasiat arwah ibunya dia sanggup balik ke Malaysia dan kerja di bawah syarikat bapanya. Demi berbaik semula dengan family dia. hm, kakak dia Tengku Natasha pujuk rayu ayahnya supaya dia kerja situ sebab ada agenda lain! btw, dia ni memula pakwe Tengku Ryan Ameer (amboi kau nama) but, lastly adalah happy ending bagi semua ;) yeah gitu lah ceritanya. nak lagi detail meh le baca sendiri. nanti ada satu part diorang dilanda konflik, memang berair mata aku tau T_T serius
Saya ada baca novel ni dulu. Memang dari awal baca novel ni, rasa depressed gila haha. Tapi syok :)
ReplyDeleteDah suka sama suka tetiba sakit pulak haihhhhhh T.T
syok betoi..sweet, sadis, marah, menyampah semua ada. hehe tu ah tetiba merajuk tak keruan T_T nasib baik sesama semula!
Deletenovel siti rosmizah mmg sedih2. tp happy ending
ReplyDeleteowh gitu. saya baru first time baca novel dia ni. lastly memang sweet :D
DeleteBest novel..mentis air mata bila bace part sedih :')
ReplyDeleteah memang meleleh habis baca novel dia T_T
Delete