Friday, August 29, 2014

Review Novel : ASRAMA


Assalamualaikum!

Yeah harini baru free sikit update blog. Baiklah memandangkan selasa lepas aku ada kata nak review novel ASRAMA, so, today i'will review it to uolls.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Asrama [sinopsis]

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Review aku

Dahlia seorang pelajar cemerlang di sekolah terbaik Sabah. Ibubapa dia bangga dengan kejayaan Dahlia. So, ayah dia kasi minta apa-apa saja sebagai hadiah straight A dalam PMR. Dahlia pula, berminat nak pindah sekolah kat asrama biasa je. Mulanya ayah dia tegah, namun, bila abah mentua dia dah masuk campur, terpaksa lah mengalah. Mana tak nya, abah mentua dia garang orangnya. kahkah.

Tahun baru, Dahlia sekarang dah naik form 4. Dia pun berpindah kat sekolah asrama biasa tu. Mula-mula rasa lain macam jugak, tapi sedapkan hati 'sekolah baru' sebagai permulaan bagi dia membiasakan diri di tempat itu. Akhirnya, dia jumpa dengan rakan sebilik. Nama dorang Lena, May dan Farah. Semua peramah dan baik.

Bila masuk asrama baru, macam-macam cerita lah tentang 'latar belakang' asrama ni termasuklah pelajar di situ. Mulanya Dahlia dengar cerita kawan dia macam nonsense je. Dia kene hati-hati dengan geng QUEEN and  PRINCESS. Jangan cari pasal sebab kita ni SLAVE tak ada kuasa. Tapi, Dahlia bukannya lemah sampai kena buli macam tu sekali. 

Nak dijadikan cerita, satu hari Dahlia terlanggar salah seorang ahli kumpulan QUEEN. Tapi, dorang okay je macam biasa sebab dia tahu Dahlia tu budak baru. Namun, geng QUEEN ada muslihat tersendiri. Mereka taknak lepaskan Dahlia macam tu je. " Jangan sampai budak baru pijak kepala kita guys. Panggil dia suruh datang tengah malam nanti kat belakang bangunan " -Sarah


Tanpa Dahlia duga. Malam tu geng QUEEN telah membawa dirinya ke semak belakang asrama dan mengupah orang suruhan untuk merogol dirinya. Kalau lah dia dengar nasihat kawan-kawan nya...pasti dia tak akan ikut geng QUEEN. Menyesal, benci, dendam dah semarak dalam hati, lebih-lebih lagi dia kena simbah air longgang oleh QUEEN yang berperangai setan tu. So, tanpa fikir panjang, dia ambil keputusan main ' Spirit of the coin ' bersama rakan sebilik dia  untuk meminta bantuan dari alam lain bagi mengusir geng QUEEN keluar dari asrama. Semenjak tu ada je tak kena dalam asrama.

JASAD-JASAD TU SUDAH TERLEPAS .....

Nak tahu akhirnya? baca novel tu sendiri okay! serious tak expect lastly Dahlia jadi macam tu ...
Sedih pun ada ni :'( 

Baca juga tau! Berbaloi kot!!

------------------------------------------------------------------------------------------

Nantikan Next review novel : KACAU


Cerita ni lagi gempak! Sampai terbayang-bayang lagi even dah habis baca novel tu. Serammm..




Tuesday, August 26, 2014

Bakal Di Review Novel : ASRAMA

Assalamualaikum !


Jeng jeng jeng ...

'Satu permulaan yang membawa kepada penderitaan'
(gambaran untuk novel ni)

Ha, jangan tak tahu pulak yang aku ni memang peminat tegar novel! Dulu-dulu suka baca novel jiwang, cinta-cinta bagai. Tapi, sekarang nak cabar diri baca novel yang ekstrem, thriller. Baru dapat berkembang daya pemikiran & imaginasi. Ini tak. CINTA CINTA CINTA. Tak berkembang mana pun. Maaf bagi yang terasa. Namun, hakikatnya memang begitu. 

Novel ASRAMA ni dalam proses membaca. So, lepas dah habis, aku akan review ok! Mesti korang excited kan! Seriously, berbaloi. By the way, kepada yang pernah baca novel 'JANGAN BACA NOVEL NI' daya pemikiran anda mesti akan melayang-layang. Penulis Ismi memang hebat dalam karya penulisan sebegini. Teringin jugak nak buat novel! Haha tengok la :P





Saturday, August 23, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum !



* dalam angan-angan dulu *

Tajuk  pada entri pun sudah tahu bertapa iPhone 5s menjadi impian gajet bagi setiap blogger. Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini dengan nilai hadiah yang lumayan. Niat di hati mahu mencabar diri dalam penulisan agar dapat diasah dengan lebih baik sekaligus mendapat hadiah iPhone 5s yang menjadi gajet impian setiap blogger.

DI SINI SEGALA-GALANYA BERMULA ...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dunia kini sudah menjejak zaman kemodenan pada abad 2000. Pelbagai pembaharuan yang dilakukan seiring dengan peredaran masa. Impaknya, manusia kini mudah melakukan kerja dan juga berinteraksi dengan adanya teknologi seperti komputer mahupun telefon pintar.

Namun, terdapat beberapa kelemahan menggunakan sebarang telefon canggih. Jenama telah bersaing untuk mendapatkan mata di hati pembeli. Walaupun begitu, jenama Apple telah menarik pecinta iPhone kerana faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Antara kelebihan iPhone 5s ialah reka bentuknya yang menawan. Kita sebagai manusia, lumrah mempunyai nafsu kepada benda yang cantik. Faktor reka bentuk yang cantik mendorong pembeli untuk membelinya. Tambah pula, iPhone 5s mempunyai reka bentuk yang lasak. Hal ini disebabkan jenama Apple telah mempertingkatkan kualiti bahan untuk memastikan iPhone 5s memiliki ketahanan yang kukuh terhadap hentakan. Mereka juga melalui beberapa ujian bagi mengesahkan bahawa iPhone 5s jauh lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak bebanding dengan telefon pintar lain.

Reka bentuk yang menawan dan tahan lasak


Selain itu, paparan skrin yang lebih besar dan terang memudahkan pengguna untuk menggunakan iPhone 5s dengan pantas dan cepat. Memandangkan skrin 4 inci yang baharu membolehkan kita melihat banyak maklumat sekaligus, paparan skrin kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4s.

Paparan skrin yang besar dan terang


Seterusnya, saiznya yang nipis dan mudah dibawa ke mana jua merupakan faktor pengguna ingin memiliki iPhone 5s. Tidak seperti jenama lain, mereka mempunyai kelemahan seperti saiznya yang agak besar dan berat menyukarkan pengguna membawanya. iPhone 5s adalah pilihan yang terbaik kepada semua pihak memandangkan citarasa pengguna di Malaysia adalah tinggi.




Saiz yang nipis dan mudah dibawa ke mana jua


Di samping itu, dengan adanya sokongan platorm 4G LTE, kelajuan rangkaian internet akan lebih laju dan pantas. Kita dapat memuat turun e-mel mahupun melayari aplikasi hampir serta-merta. iPhone 5s juga mempunyai ciri 'Simpan' untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

Bateri iPhone 5s juga mampu bertahan sehingga 225 jam bersamaan 3 jam 45 minit berbanding iPhone 4s yang hanya bertahan 200 jam sahaja. Kini, pengguna akan senang menggunakan iPhone 5s pada masa yang tiada had oleh kerana ketahanan bateri yang berpanjangan.



Selain daripada bateri, iPhone 5s telah memperkenalkan kamera yang jauh lebih canggih di mana, kamera di bahagian belakang berkemampuan 8 megapixel yang dilengkapi dengan mode panaroma. Pastinya, pengguna gembira mengambil gambar candid yang manis dalam hidup mereka, begitu juga dengan saya.

Memperkenalkan kamera yang jauh lebih canggih


Kesimpulannya, pelbagai kelebihan yang boleh kita terajui hanya di hujung jari dengan memiliki iPhone 5s. Kita sewajarnya bijak menggunakan teknologi canggih agar memperoleh keuntungan pada masa akan datang. Bak kata pepatah ' Sesal sekarang itu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'. Mari lah sama-sama memanfaatkan teknologi sebegini bagi melahirkan generasi yang celik IT.

Senarai Penaja


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.


Senarai Penaja Baru * update 15/9/2014

Penaja Utama

Penaja Individu











Rindu.

Assalamualaikum!



Pernah rasa tak. 

Bila kaurang hilang something.

Yang terlalu bernilai.

Even, barang favourite kita hilang, mesti tak tentu hala mencarinya. 

Kawan, lagi lah.

Aku rindu, tapi kau dah ada depan mata. Perlu ke rindu 'over' bagai.

Bukan itu maksud aku. Aku cuma nak kau yang dulu.

Macam mana? Susah nak explain.


-------------------------------------------------------------------------

Maaf lah. Entry kalini emosional pulak.

Sebenarnya, rindu sangat-sangat dengan blog ni ha. 

Peneman hidup, diari, kawan karib dalam hidup aku.

Dah berapa bulan aku tinggalkan dia sendirian.

........

* How are you blog? Sorry tak ambil berat. but, seriously, I miss you *

Kaurang rindu aku tak.

Haha, aca-aca je kan.

Agaknya, bukan ingat kita lagi kan.

Apa-apa pun, thank you so much, bloghoppers.

Yang selalu baca cerita yang tak seberapa ni. 

Aku appericiate sangat! 

Mungkin, tanpa kaurang, aku tak ada kat sini ^^



Salam sayang,
FirzanahAzhar