Monday, September 15, 2014

Tugasan kedua cabaran iPhone 5s

Assalamualaikum semua :)

Seperti yang anda semua tahu, fir ada sahut #CabaranIphone5s. Klik Iphone 5s Gajet Impian Setiap Blogger untuk baca entri tersebut. Setelah check senarai peserta yang layak ke pusingan seterusnya dengan hati yang berdebar. Akhirnya tersenarai pun pada no.31. Alhamdulilah berkat usaha 3 jam depan laptop. Serius bak hang perah otak/idea demi nak menang iphone5s. 

Sekarang sudah masuk ke cabaran kedua. Lepas baca tugasan daripada entri http://denaihati.com/
Ini tugasan yang perlu peserta lakukan.

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

  • Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
  • Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  • Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  • Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  • Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  • Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
  • Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
  • Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Senang? Mudah? Mungkin ya mungkin tidak. Apapun kesungguhan perlu ada dalam diri. Caiyokk!

Tatap gambar untuk meningkatkan semangat bagi memenangi iphone5s.

Ada berita baik juga. Senarai penaja semakin bertambah. Alhamdulilah terima kasih kerana sudi menjadi penaja. Semoga dimurahkan rezeki selalu ya :)


Penaja Utama

Penaja Individu

 Bayangkan jikalau kita menang iphone tersebut. Pasti kita semua berbangga dengan pencapaian diri sendiri. Sebab apa? sebab..Kita semua dah berpenat-lelah, usaha dengan titik peluh sendiri dan akhirnya apa yang kita impikan berhasil. Rasa berbaloi kan? :D

Selamat Maju Jaya kepada yang menyertai #CabaranIphone5s juga tau. Usaha tangga kejayaan! Berusaha lah! *semangat membara dalam diri*


2 comments:

Terima kasih komen!