Wednesday, December 17, 2014

Resepi Hokkaido Cupcake

Assalamualaikum. hai semua

Nak share resepi yang aku pernah belajar dan buat. hope semua bersedia untuk take a note. hehe meh tengok rupanya dulu mihmih

Maaf, ni je picture yang aku ada masa siap decorate. mihmih T_T


ha ni lah hokkaido cupcake yang "looks so mewahh" and of courselah I took from google :p topping dia tak kisah nak letak apa. ikut kreativiti kita :)

Here the basics ;


Bahan-bahan :

Bahan A

45 gram minyak jagung / minyak masak
35 gram butter
85 gram susu fullcream / fresh milk
2 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur kuning
40 gram gula castor
50 gram tepung gandum
10 gram tepung jagung
25 gram tepung custard
1 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan B

5 biji telur putih
secubit garam
80 gram gula castor

Cara - caranya :

1. Campurkan minyak dan butter dan cairkan atas api perlahan. Alihkan dari api dan ketepikan.
2. Campurkan susu dan esen vanilla.
3. Pukul (high speed) telur kuning dan gula selama 3 minit sehingga kembang.
4. Masukkan adunan butter, minyak, esen vanilla dan susu ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati.
5. Masukkan adunan tepung ddan baking powder ke dalam adunan tersebut.
6. Sementara itu, pukul telur putih dan garam sehingga berbuih (foamy).
7. Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam telur putih dan pukul sehingga soft peak.
8. Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan gaul perlahan sehingga sebati.
9. Masukkan adunan putih telur selebihnya dan kacau sebati.
10. Bakar selama 25-30 minit dengan 160 celsius oven **mengikut oven masing-masing

Untuk Filling :

Bahan 

300 gram susu full cream
3 biji telur kuning
60 gram gula castor *boleh kurangkan kalau taknak manis
15 gram tepung kastard
10 gram tepung jangung
200 gram fresh cream/whipping cream * boleh guna salah satu
1 sudu kecil esen vanilla
10 gram butter

Cara - caranya :

1. Satukan kuning telur, susu full crea, gula dan esen vanilla. Kacau dan masukkan adunan tepung.
2. Masak menggunakan double boil dan kacau sehingga pekat. Tutup api dan masukkan butter.
3. Sementara itu, pukul whipping cream/fresh cream sehingga kental. Campurkan adunan kastard dan pukul sebati.
4. Paipkan ke dalam Hokkaido cupcake.


Okay, dah siap!! Selamat mencuba :D


5 comments:

  1. my favourite !!! selalu beli je..hee thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Menariknyaa!! Nice sharing ^^ boleh lah ina try kalau free nnt ^^

    ReplyDelete
  3. Nice....
    Papaglamz terjah di sini. Jom terjah n follow Papaglamz.

    http://www.papaglamz.com/2014/12/tinta-papaglamz-2-pilihan-penentu-masa.html?m=1

    ReplyDelete
  4. beli je selalu. kalau buat sendiri takut tak jadi. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih komen!