PERINGATAN ENTRY INI PANJANG DIA MACAM CERPEN KALAU MIX SEKALI PART 2
ha nampak je tajuk kemain macam novel dan cerpen. Tapi sebenarnya aku nak cerita perihal kami berdua. Ye, pasal adik beradik berebut tahta 'MASAKAN SIAPA PALING TERER' yang dihakimi oleh kedua ibu bapa kami. *sounds funny right? xD*
Aku kan kakak, of courselah lagi tahu bab memasak berbanding adik aku. Dia baru nak menapak je dah tunjuk lagak (bhahah, jahat jugak aku ni). Dulu dia tak berapa kisah pun masak ala kadar. Setakat masak telur goreng isi perut sendiri ok la kan. Tapi sejak bila entah dia pandai masuk dapur tunjuk skill depan aku, depan ibu, depan ayah, depan family kitaorg. Pergh siap pergi berguru dengan ibu tersayang.
Aku kadang-kadang nak tolong sekali memasak kan, rasa tak muat pulak duduk kat dapur (takde kena mengena dapur kecik ke apa, masing-masing nak buat keje yg sama). haih, dah tu kena lah salah seorang dari kami (aku ataupun adik) harus tinggalkan gelanggang MasterChef. Eh part tu sekadar angan-angan yg tak mampu nak capai :') uhuk uhuk..
Pastu, part takleh blah lagi bila adik aku masaklah hidangan untuk kami sekeluarga. Tentulah dia nak tengok reaksi kami makan. Baru makan sesudu, dah sibuk tanya " Sedap tak? ha nak tau tak, ni kangkung tumis, ikan bakar, air laici (sampai air pun nak mention baq ang!) adik yg masak sendiri tau. Ibu cuma tengokkan je kan ibu.. ". dengan jari telunjuk, tunjuk hidangan yg dia masak, pastu kembang terus lah dia bila ayah, ibu puji masakan dia sedap.
Ha takyah nak jeling-jeling aku lah kan. bhahah ok, aku pun adalah bangga jugak first time masak untuk family, tapi takdelah sampai tiap-tiap hari nak tanya benda sama, ulang benda sama, meluat le dik oi. bila cakap macam tu dengan dia, mulalah kata aku ni jeles dengan masakkan 5 bintang dia. pftt..geli hati pun ada weh.
Sampai aku rasa dia ni tahap gila apa sampai aku masuk dapur nak goreng pisang je pun untuk makan petang, pastu turn dia pulak masuk dapur nak masak cekodok pisang cicah teh panas (aku suka cicah, bhahah). kemain banyak makanan waktu petang sampaikan parents kitaorg pening tengok kami adik beradik masuk keluar dapur je. Dan tanpa disedari perang masakkan pun bermula! Fuh panas! sensasi! bhahaha. sempat buat majalah hot lagi xD
KAKAK (aku le)
Yum yum.. sedapkan. ni aku ambil dari google je la xD
VS
ADIK
dari google jugak :P ha, cepat VOTE !
Agaknya apa kesudahannya nanti? Tunggu part 2 bhahah panjang berjeler kang entry ni. korang pun sampai tertiduq baq ang!
Assalammualaikum.
ReplyDeletecekodok pisang cicah teh panas
Assalammualaikum..
ReplyDeletecekodok pisang cicah teh panas ... haha. Nur tk prnh buat. Biskut tu ye.
Klau tngok gmbar of courselh Nur plih pisang goreng tu ! Tpi klau nk vote btul2 knalh pos kt rmh Nur. hehe.
Waalaikumussalam,
Deletehee fir memang suka cicah dengan teh panas..rasa umph! hahaha alamak boleh ke post ni..kang tak pasal pakcik posmen dah hidu dulu habislah dia ngap terus xD
salam..akak mblas kunjungan..suka mkn cekodok pisang juga.. :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam, terima kasih sudi singgah :)
Deleteala akak, suka cekodok pisang ke? taknak vote pisang goreng kita ke..uhuk uhuk T_T
hahahaha lawaklah hampa dua ni. untung la mak tu nnt, tak pyh masak. Goyang kaki n rehat je. anak dara dua org boleh ganti untk masak. ;)
ReplyDeletebhahaha lawak kan? bila fir kenang balik, boleh senyum sorang-sorang macam kerang busuk. hehe takdelah, kami biasa-biasa saja ;)
Deletekalau tengok gambar haruslah cekodok...hehe.. biasalah tu budak baru belajar masak.. akak dulu pun gitu gak.. setiap kali masak mesti tanya sedap ke tak.. dah tanya, tanya lagi..hehe
ReplyDeleteAlah kenapa ramai suka cekodok ni..merajuk la kita. hahaha yelah kak, budak baru belajar memasak, sabar je la
Deleteperghh.. macam masakan mertua vs menantu pulak :P apa2 pun cekodok tu lah no 1 di hati iolsss :)
ReplyDeletedone follow anyway. mind follow back?
entry baru - http://heartdeen.blogspot.com/2015/01/no-positive-point.html
bhahaha. amboi ke situ pulak dia :p cekodok pun cekodok lah. janji kenyang makan :)
DeleteOkey, nanti saya balas kunjungan.
hahaha, macam best je wat vs ngan adik2. rasa macam nak buat jugak mcm ni. hoho XD
ReplyDelete