Friday, September 19, 2014

Blog Berwajah Baru!

Assalamualaikum! hello readers.

Nampak tak blog fir dah berwajah baru? 

Fir suka warna hijau so link tu semua taknak ubah. cuma kalini campur dengan colour white untuk background. Sebab fir perasan yang semua warna hijau yang ada dalam blog ni rasa semak? Tahu tak. SEMAK. Tak dapat perasaan tenang dah di situ.

Apa pendapat korang tentang perubahan ni? komen la sat.

Harap-harap kaurang suka lah ye. Oh! untuk pengetahuan fir ni jenis yang cepat bosan. Contoh paling dekat blog ni. Bila bosan je terus tukar benda yang tak enak mata memandang, Eceh kesian juga dengan blog ni di make-up kan tetap hodoh. Sebenarnya memang dah serabut ni nak edit balik. Buat sementara ni cukup lah apa yang seadanya di blog ni. *kesian blog dapat empunya cenggini >.< *



Notes for blog " Maaf maaf maaf yaaaaaaa. Sekali lagi aku tinggalkan kau blog. Aku sayang sangat kot kat kau. Jangan fikir aku kejam, jahat. Aku buat semua ni pun untuk kebaikan kita bersama ye dak? haha apapun aku akan selalu lawat-lawat kau nanti. don't worry. Satu hari nanti aku akan berjasa kat kau pula. Aku tak lupa benda tu. Kita sesama merealisasikan impian ni ok! "
Sincerely, 
Your owner



Monday, September 15, 2014

Tugasan kedua cabaran iPhone 5s

Assalamualaikum semua :)

Seperti yang anda semua tahu, fir ada sahut #CabaranIphone5s. Klik Iphone 5s Gajet Impian Setiap Blogger untuk baca entri tersebut. Setelah check senarai peserta yang layak ke pusingan seterusnya dengan hati yang berdebar. Akhirnya tersenarai pun pada no.31. Alhamdulilah berkat usaha 3 jam depan laptop. Serius bak hang perah otak/idea demi nak menang iphone5s. 

Sekarang sudah masuk ke cabaran kedua. Lepas baca tugasan daripada entri http://denaihati.com/
Ini tugasan yang perlu peserta lakukan.

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

  • Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.
  • Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  • Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  • Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  • Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  • Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
  • Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
  • Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.
Senang? Mudah? Mungkin ya mungkin tidak. Apapun kesungguhan perlu ada dalam diri. Caiyokk!

Tatap gambar untuk meningkatkan semangat bagi memenangi iphone5s.

Ada berita baik juga. Senarai penaja semakin bertambah. Alhamdulilah terima kasih kerana sudi menjadi penaja. Semoga dimurahkan rezeki selalu ya :)


Penaja Utama

Penaja Individu

 Bayangkan jikalau kita menang iphone tersebut. Pasti kita semua berbangga dengan pencapaian diri sendiri. Sebab apa? sebab..Kita semua dah berpenat-lelah, usaha dengan titik peluh sendiri dan akhirnya apa yang kita impikan berhasil. Rasa berbaloi kan? :D

Selamat Maju Jaya kepada yang menyertai #CabaranIphone5s juga tau. Usaha tangga kejayaan! Berusaha lah! *semangat membara dalam diri*


Introduce Shawl

Assalamualaikum!

Fuh.. harini penat edit. Edit bookmark, edit shawl yang mak fir nak jual. Sebenarnya shawl ni jual kat kawan-kawan rapat je. Belum sempat lagi nak buat bisnes online yang memerlukan kita post bagai. Keluarga fir masing-masing busy! Mak fir tengah sambung belajar, fir sendiri exam, adik err kecil lagi. Kalau minta ayah pula? Haih terbeban lah kena buat kerja sendirian..


Next year baru nak take part dalam bisnes ni dengan lebih serius. Time tu semua dah ok dan tak busy. So yes! I'm so excited now. Tak sabar nak jual-jual. haha sambil tu boleh tambah pendapatan plus pengalaman :)

Lagi sekali lah ni korang cuci mata. Takpaa gambar kalini banyak so enjoy :)

*Introduce dulu*







Lawa tak lawak tak ? Haa sorry dah buat kaurang jatuh cinta dengan semua shawl ni. Kalau ada rezeki kami sekeluarga akan start bisnes. Beli tau jangan tak beli! Fir sendiri pun pakai shawl macam ni. Cantik dan selesa dipakai. 

Pstt..Shawl semestinya menjadi koleksi fir dan juga para wanita yang lain kan? Ya kita sama, sep sikit ^_^




Sunday, September 14, 2014

Bookmark Made by Me

Assalamualaikum! Hello readers and stalkers.

Bookmark ni fir buat sendiri tau! Kalau nak tempah pun boleh. But, buat masa ni tak boleh nak post. Tengah busy so uols kena faham ya. Exam bila hitung balik errr tak sampai 2 minggu? Oh gosh.

Meh cuci-cuci mata dulu ;)



Sorry lah ni je gambar yang fir capture. Kalau ada design nanti fir upload banyak-banyak tau. Ada antara tu fir design sendiri and others tu ambil mana-mana sumber. Saja je buat bookmark sendiri untuk kegunaan macam penanda buku/novel ke? Kalau macam fir ada banyak novel so boleh lah selitkan bookmark tu dalam novel. ahaks comel :3

By the way, ini details bagi bookmark tersebut. Tempahan untuk classmates saja.

  • Kaurang boleh buat design sendiri then bagi design tu untuk aku print. Size kena lebar lah. macam bookmark atas tu. Janji lebar tau!
  • Nak suruh aku design-kan pun boleh. Bak details nanti aku buat
  • Harga : Print black & white = RM1
  • Harga : Print berwarna-warni = RM 1.50 
  • *Berpatutan tak?!
  • Kertas yang aku guna tu tahan keras. depan putih, belakang coklat. Tak kisah nak print mana-mana bahagian.
  • Nak sampel tunggu habis cuti sekolah. Kalau nak tempah sekarang pun boleh :3
Berminat nak tempah ? Pm lah aku. haih takkan tak tahu fb aku pe. Ni ha Firzanah Azhar . Klik nama tu. done :P

P/s : Bila dah sekolah ni kan, aku buat time Sabtu & Ahad je. Tolong faham. Aku pun macam korang jugak kena study ;_; btw, wish me luck in last exam ni ya guys. fighting! Hope semua dapat results yang kebabomm.






Saturday, September 13, 2014

Liebster Award

Assalamualaikum dan hai!

First time ada orang tag kita Liebster Award ni . *terharuuu :'D* hahaha thanks juga kepada SejadahKelabu kerana tag saya ya :) 

Nak Introduce macam mana nak join Liebster Award ni.

The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:


  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller follwers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.
So, mari kita teruskan soalan-jawapan 

1) subjek yang paling tidak diminati di sekolah. kenapa?
Paling tak suka seni! Saya langsung tak ada bakat dalam seni ni. Selalu dapat C je. Tu pun markah kesian -.-

2) johnny depp atau matt damon? kenapa?
Siapakah mereka berdua :o seriously tak tahu. hehe saya pilih johnny depp lah sebab nama dia gempak. haha

3) angelina jolie atau sandra bullock? kenapa?
Angelina jolie cuz dia lawa dan berbakat.

4) kalau diberi satu peluang, benda apa yang ingin diubah terhadap Malaysia?
Nak ubah sifat pemalas orang Melayu. Kalau lah saya ada kuasa ye dak? Macam mana nak merealisasikan matlamat negara kalau rakyatnya mundur kan? Tapi apapun kita mesti lah kena ubah diri kita supaya dapat ubah yang lain.

5) korang anak ke berapa. adakah korang seorang yang degil? atau super degil?
Sulung meh. Degil? takde lah super degil. Tapi kalau adik bongsu saya tu ya super degil.

6) perdana menteri yang paling berjaya bawak perubahan terhadap Malaysia. korang rasa?
Tun Mahathir! Suka cara beliau mentabir negara. Banyak perubahan yang beliau lakukan untuk negara ni maju dan dikenali seluruh dunia :)

7) kalau diberi peluang kawin dengan anak raja nak tak? bagi 3 sebab.
Soalan ni separuh nak separuh tak nak. separuh nak sebab mungkin dah jodoh. Separuh tak sebab bosan lah jadi permaisuri. ececeh -.-

8) movie pilihan. bergenre horror atau thriller atau romatik?
Horror dan thriller. Memang genre yang saya minat.

9) pendapat jujur korang tentang movie melayu. berbaloi tak berebut beli tiket untuk ke wayang?
Tengok movie juga lah. Ada yang best, ada yang tak.

10) makan adalah hobi utama korang. betul atau tak?
Yessss sangat setuju!

11) antara 7 orang ahli utama Runningman, siapa korang paling suka? sebab?
Monday Couple of course. Mereka dapat membuat saya tersenyum and even gelak dengan perangai gary yang acaca sweet dan ji hyo yang terbukti lah mungji *hebat. overall semua ahli running man best cuz ada je lawak yang dorang buat. haha


Ok. Dah habis pun jawab soalan dari blogger SejadahKelabu . btw, nak langgar pantang larang tag orang tu xD . adios



Friday, September 12, 2014

To do list holidays

Assalamualaikum! hello bloggers :)


To do list along holidays #ForStudentLikeMe


  • Clean up bedroom that already mess -.-
  • Study! Study! Study! *dunno be too lazy ya cuz examination is around the corner!
  • Settle reading all novel|books that I have been borrow from friends
  • Exercise . Do some activities at outside so you get freshness breath and makes you feel peaceful with nature.
  • Like usually, update blog when it times (Friday - Sunday) *Haven't you got the list don't you? So follow it huh !
  • Holidays ~ Travel with family for sure :)
  • Last but not least, dunno forget to finish your homework, okay Firzanah? haha

Okay, that's it to do list for holidays. If you follow the list, you will get the benefits along holidays. By the way, wish me luck in last year examination! Oh I can feel terrify now :o

Sunday, September 7, 2014

Jom Blogwalking !

Assalamualaikum :D


Mood di malam hari tengah riang-riang. Tengah rajin nak blogwalking dan terjah blog-blog yang tak sempat kunjung..^_^

Kaurang pun boleh tinggalkan URL blog. Nanti kita blogwalking ya!

Okay coutinue blogwalking.

Bye adios. lalalala ~