Friday, January 30, 2015

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

Klik banner untuk join

Favourite colour no 10 !


Membebel

Assalamualaikum, hi

Ehem, paham paham je la. bila dah sekolah, memang takde cerita lain lagi la sebab life aku kat sekolah je. dari hari isnin hingga jumaat. tak masuk lagi kelas tambahan sabtu ahadnya. ok tak apa, chill je :)

Kalau ada budak besar termasuk blog aku, meh sila lah baca sekali entry ni. feeling muda gitu ahahah. padahal entry ni nak membebel je kot :p hmmmm 



Siapa yang dah lama baca kisah aku kat entry lama tu, dia fahamlah yang bestfriend aku pindah sekolah sebab apa. hm aku rindu dia huhu. Now, sekolah macam biasa je. cuma bab hias kelas je meriah sikit sebab nak menang kelas terbersih la katakan. cikgu kiterang pun sporting jugaklah even though kekadang berubah mood garangnya tu. sokay, guru garanglah murid tunduk patuh kan? ececeh le sangat. 

Nanti isnin aku nak sedekahkan kek chocolate untuk satu kelas. hahah saja je nak buat sebab dah lama tak asah skill baking aku nih, ish ish hope power lagi le heheh

Er, entry ni pendek kan? takde idea dah sebenarnya. nak cerita homework berlambak, semua dah tau :p (well, I have finish my hw yesterday lagi lah hahah sebab plan sabtu nak blogging je) then sekolah pulak, tempat study je ok no crush der and no cinta monyet puhleaseeee.

Probably it's me huh?

Satgi nak pi blogwalking blog hampa semua pulak. maaf, seminggu tak berkunjung balas kan. so wait! bhahaha 

Monday, January 26, 2015

#1 Terima Kasih Nuffnangers!

Assalamualaikum

Hi, thank you nuffnagers yang selalu singgah klik-klik kat blog kite..hukhuk. (tak tahu nak letak panggilan saya ke adik hahah, geli mak jemah.)


Sebenarnya nak buat entry terima kasih untuk nuffnagers tiap-tiap minggu tau. tapi, busy dengan entry lain je. maaf ya, but still aku akan klik juga nuffnang korang, kalau timbul dekat atas tu ha. hekhek


Terima Kasih Nuffnangers! Ini link yang hebat, awesome dan rajin klik nuffnang :D


Jom singgah klik mereka punya. InsyaAllah, mereka akan berbalas balik klik korang tu ha :D dan siapa klik aku punya pun, confirm aku klik balik ok! boleh inform dekat SHout Box ataupun aku jumpa link korang kat atas tu hiks 

till then bye bye!

P.s : loading blog ni cepat ke lembab ha? tolong bagitahu di komen. thankyou ^^


Saturday, January 24, 2015

Top 3 English book

Assalamualaikum, hi

Mesti ada certain benda yang kita minat kan. macam novel, ada yang suka baca jiwangs dan ada yang suka cerita miseri/seram. its up to you. Your choice. hahah, aku cuma nak recommend je lah favourite English book yang aku minat betul nak baca. Paling penting MESTI ADA PICTURE. CERITA BERKISAHKAN DIARI HIDUP DAN SEKOLAH. alah paling senang nak describe, all about teenager life stories (same goes to me)

THOSE ARE TOP 3 ENGLISH BOOK THAT I ADORE AS MY CRUSH. SERIOUSLY NO KIDDING.

1. Big Nate book stories
( belum ada series ni lagi T_T )

Mind to read the synopsis first? I know you would be interested  as  I do!!

Nate Wright is known to his pals and teachers for many things, his penchant for mischief and his school record for detentions being the foremost. But beating out brainiac Gina's grades is not one of those things! In Big Nate Makes the Grade, the school life goings-on of Nate, his pals, and his long-suffering teachers are recounted in hilarious detail.

Okay, this is my first English book that I had bought by my own money and I really enjoy it. sebab? aku tak tahu macam mana aku sanggup beli dengan harga lebih kurang RM36 (9 dolars) pastu bayar dengan duit yang aku kumpul sendiri. Mula-mula, jejak je kat kedai buku tu terpegang lah buku Big Nate ni pastu terbaca lah sinopsis dia. Berkisahkan tentang Nate si budak nakal (but to me he just okay) cuma keadaan je yang menyebabkan dia jadi camtu. ceh ayatnya, hahah. aku suka betul watak nakal dia ni. bukan selalu pun aku dapat feel kenakalan dalam kelas en (tak sedar diri ni pengawas ada hati nak terpengaruh dengan kenakalan Nate --'). tapi, apa yang buat aku kagum tentang Nate ni dia ada determined yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang dia nak. sebab tu kot buat aku tertarik nak beli. dan akhirnya, tak rugi pun beli weh sebab story dia memang best even though mahal ya ampun. Aku harap aku menang lah giveaway dari nile.com tu so boleh lah borong buku banyak-banyak! weheee.

2. Dork Diaries by Nikki Maxwell


Synopsis:
Nikki Maxwell is not popular, in fact Nikki Maxwell is the opposite of popular; she's a total dork! But Nikki's hoping that by moving to a new school she might just stand a chance of making some friends and leaving her old lame ways in the past. But life is never that simple! Follow Nikki's life through sketches, doodles and diary entries as she starts her new school, battles with her mum for an iPhone and meets her arch nemisis, the school's queen bee, Mackenzie. Enter Nikki's world through her sketches, doodles and diary entries.

Second book. I rate 8/10. best jugak tau sebab dia cerita pasal kehidupan Nikki kat sekolah baru.  banyak dugaan yang Nikki lalui tapi ending dia memang awesome. serius tak expect lastly dia dapat stay kat sekolah tu sebab masa first-first masuk pun dah kena buli. pastu part paling sedih takde siapa yang sudi berkawan dengan dia. haih, seems student kat situ memang ignore semua budak baru dalam sekolah tu. tapi akhirnya, dia jumpa jugak best-crazy-friend dan part paling seronok bila crush Nikki macam bagi hint yang dia pun suka kat Nikki jugak. awhhh. dah lah photographer popular sekolah. adui, aku ni over feel der baca novel ni --' apapun thumbs up! nanti nak baca next series novel ; Party Time!

3. Percy Jackson book series

Percy Jackson series - now with a new cover look. Half boy. Half God. ALL Hero. Look, I didn't want to be a half-blood. I never asked to be the son of a Greek God. I was just a normal kid, going to school, playing basketball, skateboarding. The usual. Until I accidentally vaporized my maths teacher. Now I spend my time battling monsters and generally trying to stay alive. This is the one where Zeus, God of the Sky, thinks I've stolen his lightning bolt - and making Zeus angry is a very bad idea.

Okey, cerita dia memang fiction habis. penulis rick riordan memang ada imaginasi yang tinggi sampai cerita ni buat aku rasa suspen melebih. hahah padahal, biasa je. tapi kan, kalau korang terbaca first page cerita ni, automatik korang feel 'omeegi, I'm in another world' memang jasad korang akan melayang dengan cerita dia. Ahh, atas ni Percy Jackson And Lightning Thief aku baru on the way baca. ye, aku dah kata memang gempak ceritanya. buat aku addict je nak habiskan membaca. perghh first time boleh feeling walaupun takde picture. Hiks!

Aku tahu banyak lagi cerita yang best. but, I can't stand on it. macam harry potter lah, mende haprak  pun aku tak masuk dengan story dia T_T sikit-sikit nak kena search kamus. punya tak paham tahap extrem English dia. lagi best tengok movie dia. siapa yang dapat baca sampai habis novel harry potter ni memang hebat lah! serius T_T

Novel atas tu semua ada jual kat nile.com. dah lah ada discount gila kau taknak beli. huhu duit awal tahun baru je nak up,(means ada sikit je)  hm kesian betul. puhhhleasee, I need to win that RM150 voucher shopping nile so I can buy new series of Big Nate book T_T really desperate right now.

Friday, January 23, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum, Hip!


Kalau bab giveaway + shopping voucher memang Top 1. bhahaha, serious bila dapat peluang macam ni siapa taknak rebut kan? So, entry ni pun bertemakan angan-angan le kot-kot dapat RM150 pastu boleh pi shopping kat nile.com . so here !

If I get free RM150 to purchase from nile.com, I would buy ...

1. Book

BKEC25678 Big Nate All Work and No Play


Price after discount : RM 40.60

(really, this is my favourite English book!)


2. WSCE44780 Flowrish Lady Canvas Casual Shoes

Price after discount : RM 34.30


3.MBE01905 Owl Casual Bag

Price after discount : RM33.90


4. wbs01724 Cute Girl Design Woman Mini Bag

Price after discount : 23.90


So, after I've calculate all the price above, this is the final result!

RM 132.70

See? banyak betul barang yang boleh kita beli dengan hanya keluarkan kurang dari RM150 je. lagi best bila dapat menang giveaway ni tau. Harga dari nile.com memang affordable. So, kepada yang berminat nak join boleh ke

Blog http://www.lyssasecret.com untuk refer contoh entry

dan 

check result pemenang kat http://www.nile.com.my


Tarikh akhir send detail 15/02/2015 , 11.59 pm



Photo Card GiveAway

Klik SINI untuk sertai

Hadiah?

PHOTO CARD KOREA MIH!

Segmen ini akan berlangsung dari 21st January - 26th January (11.59 pm waktu Malaysia) 


2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

Klik SINI untuk sertai.


Hadiah
  1. Hadiah utama merupakan Kain Sulam seperti gambar di dalam BANNER untuk seorang pemenang bertuah.
  2. 3 hadiah saguhati merupakan Wideshawl Cotton seperti yang saya gayakan.

Tamat : 11.30 malam 31 Januari 2015



GA Simple 2015 by Shad

Greetings and Assalamualaikum.

Jemput join GA Simple 2015 by Shad




Klik Banner untuk Join



Hadiah:


Powerbank Pineng (PN-983) x1 Pemenang

Top-up RM5 x10 Pemenang

Hadiah Misteri x10 Pemenang



Pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org



Tarikh Giveaway ini berlangsung : 15.1.2015 - 15.2.2015 (11.59pm)

Tarikh Semakan : 16 dan 17 Feb 2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : Selewat-lewatnya 20 Feb 2015



=======================

Ads


Program Mykad Smart Shopper 
Jom Aktifkan Mykad


Jika sudi, G+1 Entry/ Like atau Share Entry Jom Aktifkan Mykad Shad ya. 
Terima kasih semua. Jasa anda dikenang.

Terima kasih sudi join Ga Simple 2015 by Shad. Good Luck

Mini Giveaway by Syira Lokman

Klik SINI untuk sertai

Special untuk anda?
RM10 x3 [Eymasu]
RM10 x1 [Salahuddin]

Bloglist Januari hingga Jun x10 [Syira]
Bookmarks LE x3[Amanina]
Novel x2 [Syahir]
Masker Savee x1 [Syahoney.Kitty]
Lotion Mistine + fridge magnet india x1 [Nanakimie]
Sepasang Blouse dan Skirt Lycra x1 [Rosniwati]


Topup RM10 x1 [Puteri]
Topup 10 x1 [Syahoney.Kitty]
Topup celcom RM10 x1 [Syira]
Topup RM10 x3 [Aida]


1 TOP REFERRAL

RM20 x1 [Papaglamz]


Mula :16 Januari 2015
Tamat : 30 Januari 2015 jam 6:00 am

P/s : Tiada Instagram

Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

Klik SINI untuk sertai


Antara hadiah-hadiah menarik:
- Tshirt I Love Oman.
- Button badge Oman
- Pen I love Oman
- Keychain Oman
- Postcard Oman
- Hiasan dadu Oman


Tarikh tutup penyertaan : 26/1/2015 pukul 12.00 tgh mlm Waktu Malaysia.

Mini Giveaway By azhafizah.com

Hi,

Klik SINI untuk sertai!

Tarikh Tamat : 30 Januari 2015

Pemilihan pemenang : random.org

Hadiah : 20 sample Nurraysa Beauty Soap x 20 pemenang [seperti dalam gambar banner]

P/s : Tiada Instagram

Sunday, January 18, 2015

Giveaway Preloved Books

http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html
Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :

 

Pemenang :

1 Top Referral :  4x buah buku

Random org :
13x buku = 13 pemenang 
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)

TAMAT 1 FEBRUARI 2015 

click banner untuk join :)

P/s : Tiada Instagram

Friday, January 16, 2015

First day sekolah

Assalamualaikum,

Ya aku tahu dah lama aku tak taip. start sekolah benda biasa lah keluarkan buku dan buat latihan. Then 'Mak aihh, sebulan cuti tulisan dah macam cakar ayam ?!' cikgu - - in my imagination je le. so far seteruk tulisan budak kelas 3A tak pernah lagi lah kena tegur dengan cikgu. muahahah segan mungkin. nanti macam - macam alasan keluar. salah satu jawapan bernas aku

" Cikgu, saya menulis dengan menaip. ha taip depan laptop sebab nak update blog. " --pangg karang

" Alah cikgu, pakai phone kira menulis la kan? tiap-tiap hari tulis, rajinkan cikgu " --online kau memanjang!

" aaaaaa. tulisan saya memang ceni ah cikgu sejak darjah 1 lagi. " --pengsannnn

INI SEMUA ALASAN !

Okay, nak cerita dari beginer sampai seminggu sekolah! dulu masa form 1 & 2 boleh lah lek lek lagi. tapi sekarang hmph, rasanya takkan sempat update blog even waktu cuti pun ( sabtu & ahad ) bila dah ada kelas tambahan start dari bulan march. *tarik nafas panjangggg*

Haa fuhh legaa. semalam hari Jumaat tu en aku ada kelas sampai pukul 3.45 petang. pukul 4.30 baru sampai rumah (makan kat kantin punya pasal lah bhahah) Ya, I'm so exhausted. balik tu nak tidur rasa macam tak berbaloi. lagipun dah asar kan. nanti kalau tidur awal, malamnya aku akan jadi burung hantu, takleh nak lelap mata sebab dah cas energy petang tu. huahuaaa.


Dan hampir 100% masa tidur aku berubah. dulu cuti kemain takleh tidur pastu still nak hadap tv pukul 12 malam. sekarang bangun 6.00 pagi - 4 petang kat sekolah. malam pulak lepas buat homework terus tidur! Penat le jugak. rasa macam nak tinggal asrama. sebab takyah lah nak ulang balik dari rumah -> sekolah. waktu prep sana boleh discuss dengan kawan. means buat study group bersama. aww bestnya.

Kat sekolah, nak dikatakan tak cukup makanan, terlebih cukup tau. tu lah masa je suntuk. sebab aku ni pengawas. lepas pelajar rehat baru kita rehat. means diaorg dah masuk kelas, pengawas lambat 10 mins baru masuk. nampak rugi disitu. so, jalan penyelesaian aku adalah dengan membawa bekal atau suruh kawan belikan makanan then tepat habis jaga blok, terus masuk kelas kunyah 2-3 kali roti (selalunya le). kalau tak sempat, alamatnya habis kelas barulah dapat makan. haih sampai mcm tu sekali weh cari waktu makan. aku tak suka masuk kelas lambat. nanti ilmu yg cikgu bagi tu lost mcm tu je. yelah nak buat macam mana. hm sabarlah demi mencari ilmu..

Then you know? There are 3 new students in my class. ugh now the number of students are 42!! bukan nak anti budak baru ke apa. cuma, kelas tu dah jadi terlalu crowded. nak jalan sana-sini memang taklah. aku nak belajar, kalau cikgu tak masuk dalam kelas, aku nak ambil masa terluang tu dengan buat revision atau baca buku. mostly, kengkawan aku selalu borak dalam kelas. so, aku akan cuba ubah perangai form 1 & 2. lantaklah diaorg, usaha masing-masing kan. hm, aku sedar diri ni takdelah pandai mana. tapi aku cuba, nak tingkatkan prestasi!

Look forward. never look back the pass result. cehh

Dah lah. penat membebel. hoho homework hujung sana tak sentuh lagi. Paling malas nak lukis organ untuk sains. huaa mindset le. think positive. adios :)

All pictures are taken from google for sure. I don't have much time to edit whatsoever :p




GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris



Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


instagram id : tiada instagram


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

Klik SINI untuk sertai!

Tag

Tarikh akhir: 31 Januari 2015

Friday, January 9, 2015

Selamat kembali ke sekolah!

Assalamualaikum,

tajuk macam nak tak nak je tulis, bhahaha. macam yang semua tahu, isnin minggu depan pelajar akan mula bersekolah seperti biasa. maka cuti pun dah berakhir la kan. sobs sobs, kurang dari 2 hari je lagi boleh relax. hahaha nasib baik aku rajin iron baju terus (sebab aku ni paling malas nak iron baju hohoo) :p

so, entry ni nak bagi semangat la kepada mereka yang masih status bersekolah seperti aku ni.. rajin-rajin kan la diri anda bangun pagi, study, buat homework. takmo malas - malas ye (hahah aku le tu). Tapi takpe, kalau rasa malas benor tu boleh la cari tips untuk study ke. jadinya kurang sikit le kemalasannya. Paling senang, aku tengok dari youtube je. maklumlah bila dah malas, mata pun jadi malas membaca ~


Aku suka cari study tips kat Youtube so, terjumpa la tips dari budak ni. best ah jugak cara penyampaian dia. oh ya, she's pretty right? ><

Ok, itu agak ke laut but isi yang dibagi no bad le. and speaking English dia pun aku boleh paham. tau tak, dia ni from turkey! how nice eyes you got. heheh

Selain tu, aku ada la dapat idea untuk jadi lebih peka masa study. macam higlight kan keyword ke, fokus time cikgu ajar dan buat jadual waktu. Kalau dah bosan sangat study kat rumah tu walaupun baru 15 minit buat revision, boleh la exercise turun naik tangga ke, melahap makanan dan dengar lagu. sedikit sebanyak membantu jugak lah nak fokus study tu eventhough tak fokus 100%. ha, selalu jugak tulis memo pad untuk isi penting. hee paham dok? hahah ini tips yang aku kumpulkan dari omputih Youtube tu.

Soalan untuk readers ;
Apa preparation untuk sekolah nanti? share-share la haha :D

Lasttt frommm meee. Selamat kembali ke sekolah ! argh sekolah dah memanggil-manggil aku tu hukhuk T_T


Adios


Wednesday, January 7, 2015

Resepi biskut nestum simple

Assalamualaikum, hi

Resepi mai, resepi mai! alah aku suka yang simple-simple je. biskut nestum ni antara favourite cookies yang aku suka makan. kalau nak save budget untuk sekolah, memang aku akan bawa ni pi sekolah. waktu rehat makan le. bhahaha, ada yang kata, cukup ke aku makan biskut je? lek ah bukan selalu pun. selain biskut ni, masaklah makanan lain macam roti telur, roti gulung inti sardin tu ke, nak lagi sedap, bangun awal pagi masak nasi goreng, mee goreng. memang umph makan kat sekolah nanti, kawan pun asyik jeling-jeling je. nak letuww muahaha.

Okey, bahan takdelah banyak mana. bahan ni semua mesti ada kat rumah korang punya. Kalau tak semua pun, boleh le backup dengan bahan lain ke. tak pun buat je la biskut tak cukup bahan, bhahaha. rasa tu takde la jauh mana dengan rasa kesedapan tu.



Bahan -  bahan
1 1/4 cawan tepung gandum. (aku guna cawan hijau tu ha, agak-agak le dengan korang punya cawan tu hiks)
1 cawan nestum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 butter di cairkan
3/4 cawan gula (gula halus, gula kasar, brown sugar pun boleh letak, terpulang)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Tambahan ;
3 sudu serbuk Milo
colourful choco rice / chocolate chip / badam dan lain lain


Cara - caranya ;

1. Masukkan tepung gandum, nestum, Milo, garam, soda bikarbonat dan gaul sebati.

2. Di dalam bekas lain, campurkan gula, butter dan kacau (guna mixer)
3. Seterusnya, masukkan telur satu persatu. 
4. Akhir sekali, tambah esen vanilla dan mix sampai sebati.

5. Campurkan tepung dan bahan kering tadi ke dalam campuran bahan basah sedikit demi sedikit

6. Kemudian gaulkan sehingga sebati.

7. Tambah bahan manis seperti di atas. (terpulang, aku cuma ada choco rice, so guna je la mihmih)

8. Part paling best, kita ambil cebisan acuan tu, pastu buat bulatan guna tangan.
9. Penyekkan (takde pekataan lain ke?) dan letak dalam loyang.
10. Jangan lupa, sapu butter dulu sebelum letak biskut tu kang melekat tak tau na.

Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 200 darjah celcius. fuhh hot!
Kalau tak berapa kuning lagi tu, tambah 12 minit tau, jangan lebih-lebih sebab 15 minit aku set pun dah hangus! xD


Tadaaaa! yum yum..terus masuk ke mulut!

Tips : Selesai bakar, biar biskut tu sejuk sendiri pada suhu bilik. Jangan terus masuk kat dalam tuppaware kedap udara, sebab tu la biskut jadi lemau. ok?

Goodluck kepada yang cuba resepi ni! caiyokk, korang boleh buat punya lah. bhahaha. eh ada tak sesiapa tanya aku mana dapat resepi ni? sebenarnya, resepi ni datang dengan sendirinya. tengok mana yg ada kat dapur tu, agak-agak la letak bahan yang sesuai. takde le susah mana. kena kreatif lah ok!

Toodles ~


Tuesday, January 6, 2015

Segmen : Happy Birthday By Syahirah Valiant

Klik SINI untuk sertai.

Selamat hari jadi yang ke 18! semoga dimurahkan rezeki selalu kak :) wish all the best for you!

Giveaway Lestari 2015

Klik SINI untuk sertai.

Tarikh Tamat : 31 Jan 2015
Senarai Peserta : 1 Feb 2015
Senarai Pemenang : 5 Feb 2015


Hadiah : 
1 top referral x 1 Magnet Vietnam + RM10 Topup
8 x Magnet Vietnam


Pemenang dipilih secara random.org

P/s : Tiada Instagram



Tambah bloglist Geng Sebaya

Assalamualaikum,

Aku baru tambah bloglist Geng Sebaya. Boleh scroll bawah sidebar sebab aku ni malas nak print screen. bhahaha. saja je nak feel-feel baca dengan bloglist geng sebaya (batch 00' je) sebab dapat la baca cerita mereka. dengan pengalaman PT3 tahun ni, persediaan pe semua. lagipun geng sebaya ni lagi soulmate kan. Aku tak berapa jumpa kawan blogger yang sebaya uhuk uhuk..tapi takpelah, dapat kenal semua lapisan blogger kira ok ah. enjoy dapat kenal korang dari alam maya! korang memang sporting lah :D 

Yang lain jangan rasa sentap je baca entry ni, kalau nak aku masukkan ke dalam bloglist pun ok, takde masalah. Lagi happy adalah, boleh tambah bahan bacaan nanti wehee :)

Ada lagi tak bloglist geng sebaya kat sini? cepat komen, aku nak masukkan hangpa jugak dalam bloglist ni ha! jangan segan silu, aku sumbat terus link korang don't worry. As long as we are batch 00' which mean we are 15 years old getting older!

Toodles

Monday, January 5, 2015

Kakak VS Adik [ Masakan siapa paling terer ] Part 1

PERINGATAN ENTRY INI PANJANG DIA MACAM CERPEN KALAU MIX SEKALI PART 2

Assalamualaikum,

ha nampak je tajuk kemain macam novel dan cerpen. Tapi sebenarnya aku nak cerita perihal kami berdua. Ye, pasal adik beradik berebut tahta 'MASAKAN SIAPA PALING TERER' yang dihakimi oleh kedua ibu bapa kami. *sounds funny right? xD*

Aku kan kakak, of courselah lagi tahu bab memasak berbanding adik aku. Dia baru nak menapak je dah tunjuk lagak (bhahah, jahat jugak aku ni). Dulu dia tak berapa kisah pun masak ala kadar. Setakat masak telur goreng isi perut sendiri ok la kan. Tapi sejak bila entah dia pandai masuk dapur tunjuk skill depan aku, depan ibu, depan ayah, depan family kitaorg. Pergh siap pergi berguru dengan ibu tersayang.

Aku kadang-kadang nak tolong sekali memasak kan, rasa tak muat pulak duduk kat dapur (takde kena mengena dapur kecik ke apa, masing-masing nak buat keje yg sama). haih, dah tu kena lah salah seorang dari kami (aku ataupun adik) harus tinggalkan gelanggang MasterChef. Eh part tu sekadar angan-angan yg tak mampu nak capai :') uhuk uhuk..

Pastu, part takleh blah lagi bila adik aku masaklah hidangan untuk kami sekeluarga. Tentulah dia nak tengok reaksi kami makan. Baru makan sesudu, dah sibuk tanya " Sedap tak? ha nak tau tak, ni kangkung tumis, ikan bakar, air laici (sampai air pun nak mention baq ang!) adik yg masak sendiri tau. Ibu cuma tengokkan je kan ibu.. ". dengan jari telunjuk, tunjuk hidangan yg dia masak, pastu kembang terus lah dia bila ayah, ibu puji masakan dia sedap.

Ha takyah nak jeling-jeling aku lah kan. bhahah ok, aku pun adalah bangga jugak first time masak untuk family, tapi takdelah sampai tiap-tiap hari nak tanya benda sama, ulang benda sama, meluat le dik oi. bila cakap macam tu dengan dia, mulalah kata aku ni jeles dengan masakkan 5 bintang dia. pftt..geli hati pun ada weh.

Sampai aku rasa dia ni tahap gila apa sampai aku masuk dapur nak goreng pisang je pun untuk makan petang, pastu turn dia pulak masuk dapur nak masak cekodok pisang cicah teh panas (aku suka cicah, bhahah). kemain banyak makanan waktu petang sampaikan parents kitaorg pening tengok kami adik beradik masuk keluar dapur je. Dan tanpa disedari perang masakkan pun bermula! Fuh panas! sensasi! bhahaha. sempat buat majalah hot lagi xD

KAKAK (aku le)
Yum yum.. sedapkan. ni aku ambil dari google je la xD

VS 

ADIK
dari google jugak :P ha, cepat VOTE !


Agaknya apa kesudahannya nanti? Tunggu part 2 bhahah panjang berjeler kang entry ni. korang pun sampai tertiduq baq ang!

Sunday, January 4, 2015

Missing Teen Top

Assalamualaikum

Ok, bukannya selalu layan kpop. bhahaha padahal drama, movie, lagu segala mak nenek aku tahu. takdelah. entry tak selalu masuk kpop-kpop ni. so, harini nak recommand kat korang lagu yang menarik perhatian aku. best le jugokk. meh le dengar, lagu dia cam sedih2 gitu. Aku apa kisah layan je la janji best !!

Missing Teen Top

Sila beri pendapat. ha? weh jangan nangis. feeling benor korang ni. ok merepek.
Aku tak kasi MTV dia sebab em tak berapa best. lagu je best. lagu je best tau. *sila hadamkan* brupp, alhamdullilah kenyang!*

Adios!



Friday, January 2, 2015

Modal blogging

Assalamualaikum. heh modal lah sangat. bhahaha maksud dia disini dalam kesempatan aku blogging mestilah nak ambil peluang yang diberi special buat para blogger. ha senang cerita dapat earn money lah. ehh, siapa tak suka kan, pejam celik je nak buat. cuma rajin atau tak je. tepuk dada tanya hati, selera ke dok. Entry ini aku nak cerita dengan terperinci dari mana 'modal' tu datang. mihmih eventho baru je start..takpe lah kan nak share?

1. Churp churp
Siapa yang dah lama dalam dunia blogging ni arif bab-bab advertiment ni kan. Alah, mostly kita dapat earning daripada ads lah. betul tak? haa aku start buat churp churp ni dalam bulan 9. hahaha still baru la kiranya ni. so, kalau ada apa-apa tips nak tambah earning, boleh lah share ^^, aku ni pun takdelah banyak mana dapat, tapi usaha jugaklah biar angka tu beranak. Alhamdullilah, aku pun dapat habuan sekali nanti. Siapa first time dengar tu teringin nak cuba tambah pendapatan, boleh ke link http://my.churpchurp.com/

2. 8Share
8share pulak baru bulan 11 buat. lagii awal tau hahaha. sama jugak macam churp-churp. orang click, kita dapat earning. RM0.20 biasanya dapat. sama jugak earning macam churp-churp. bergantung. Yep, yang bestnya bila kita kumpul dah sampai RM10 terus boleh cashout. pergh, kalau terdesak tu boleh je ambil. Nak tunggu sampai mencecah RM50 larat ke weyy. lain lah blog aku cukup femes untuk dapat jumlah sebegitu rupa. ehh, mestilah tengok rupa kak. bhahaha. dah merepek je aku ni. so here link http://8share.com/
Jemput singgah, tambah pendapatan lagi meh!

3. Nuffnang
Agak-agak sejak bila register nuffnang ni? lagi awal ke lambat? AWAL achum Ashaari. baq ang. sebenarnya lagi lewat adalah. baru 31/12/2014 nuffnang bertapak di blog aku. kasihan..patut blogger lain dah mula awal aku baru terhegeh-hegeh, heh. tak mengapa, aku dah lega jugak dapat register nuffnang ni dengan susah payahnya. dari awal blogging lagi aku tertarik nak join nuffnang sebab pernah bacalah entry mereka tentang nuffnang. tapi sebab masalah benda tah masa tu, tak dapat nak register. so feel down ah waktu tu. stop fikir pasal nuffnang, aku pun blogging la macam biasa. sampai lah aku terbaca entry someone yang femes, bila tunjuk cashout dia boleh berpinar mata..wow gempak gila sis ni! duu start dari tu lah buat nuffnang balik..fuhh finally ok pun register..earning sekarang 0.00 for sure. campaign tak masuk lagi kot..sorry la beb budak junior lagi mana reti. bab nuffnang aku kena belajar lagi macam mana nak earn money. Apa-apa perkembangan aku akan share, ewahh. Link http://www.nuffnang.com.my

4. WhoHAA
WhoHAA paling simple bagi aku. just jawab soalan dari pihak ads pastu earn point. best ah jawab. kena kumpul sampai cukup baru boleh redeem. aku ambil peluang ni nak redeem top up saja..hot gadget tu kemain banyak earn kena..pergh boleh pengsan tengok angka dia sampai mencecah XXX,XXX ! tapi tak apa, pihak WhoHAA ada buat giveaway yang mana kita dapat point dengan mudah! hanya ambil code dari page facebook dan redeem di WhoHAA. bawah ni aku explain lebih terperinci lagi keh. aku dapat tau pun bila check email. ada jugak rakan blogger infrom cuma rajin atau tak je lah nak check dekat page dia. huhu

Email from WhoHAA team. 

Petang tadi aku ada check kejap page dia, WhoHAA. Alamak ketinggalan keretapi lak.. diaorg dah post coupon code..huhu dah penuh so takleh nak redeem T_T. dapat 500 kot sehari. giveaway ni sampai bulan 2 so dapat lah grab 1000 lebih coupon. kalau rajin check lah.

Cara nak ambil coupon

1. Pergi ke page WhoHAA
2. check lastest update (setiap hari diaorg post coupon code, so jangan ketinggalan)
3. Nampak post seperti dibawah, terus copy code tu.

4. Dan akhir sekali, letak code itu coupon redeem

Ok itu saja. simple as ABC! bagi sesiapa yang belum register boleh ke link http://www.whohaa.com/register?referral=66552

Jangan lepaskan peluang ini!


5. Advertorial by myself

Bagi sesiapa yang minat nak aku review produk atau review blog boleh je email aku di [firzanahazhar7@gmail.com]

Ewahh, macam promoter pulak bunyinya. harga servis bergantung pada isi entry yang korang mintak. Nak bayar guna top up pun boleh. muahahah kan aku kata takdelah nak letak harga mahal untuk servis. paling-paling pun RM30. itu pun untuk review produk. kira reasonable lah kan. untuk review blog personal hanya RM5 manakala blog bisness RM10. harga ok-ok gitu. nak runding harga lagi? ask me on email lah. nanti kita bincang mihmih

Psttt..banyaknya website nak kena bukak.. alahai sempat ke nak promote semua.. em setakat ni aku prefer nuffnang dan WhoHAA dulu.. nanti kalau ada ads lain kat churp-churp n 8share aku akan update jugak nanti. but buat masa sekarang ni tak berapa nak earning kat situ. jarang tengok diaorg bagi ads. ahah ke kau yg tak check? apa-apa sajalah. Sebarang tips, jangan segan silu untuk share di komen. Komen korang amat dihargai T_T pembaca blog ni jugak T_T